Yang Baik Jadikan Teladan

Friday, February 27, 2015


Assalamualaikum!




Kalau datang mood baik, maka beginilah suasana di rumah. Bukan ramai pun, cuma dua orang je budak kecik kat rumah tu. Dengan sapa lagi diaorg nak berkamceng kalau bukan sesama adik beradik. Malam tadi mood kakak baik hehe. Diamiknya buku teks English darjah dua, suruh adik duduk sebelah dan baca cerita dalam buku teks tu.

Aku perhatikan aje dari jauh...malas nak kacau. Saja nak tengok diaorg enjoy the #sistersister moment hehe. Kakak siap bacakan dalam English pastu translate pulak dalam Bahasa Melayu .. pergghh! Terkagum adik mendengar hehe.


Moh join! ^^





Dah lama-lama tu, adik pulak gi amik sebuah lagi buku lalu dibacanya sendiri. Buku Bahasa Melayu kakaknya ... jadikleeee! Macam yang aku pesan selalu kat kakak, apa yang kakak buat ... apa yang kakak cakap, adik akan ikut dan buat.

Harap kakak dan adik kekalkan momentum suka baca buku dan menelaah sama-sama. Ibu suka tengok gambar ni ... tenang rasanya. Cuma .. permintaan kakak nak gi Perpustakaan Negara belum dapat ditunaikan lagi. Hurm ... insyaAllah nanti kita gi ye sayang :)

You Might Also Like

4 pengomen comel

  1. Sejuk perut ibu mengndung kan... Hmm...

    ReplyDelete
  2. Ewah, comel je dorang ni. Bagus tu kalau dah suka baca buku dari kecil! :D

    ReplyDelete
  3. betui2.. adik akan tiru kakak.. sbab kakak akan jadi role modelnya dulu...

    ReplyDelete
  4. Bagusnya.. seronok saya tengok.. aman je.. alhamdulillah.. :) :)

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM