Friday, March 20, 2015

# Bila Balik Kampung # Cerita My Pearls

Antara Pengalaman & Keseronokan!


Assalamualaikum!




Teringat aku zaman kecik-kecik dulu, memang best kalau balik kampung! Best sebab ape? best sebab dapat jumpa arwah Atok & Wan, pak-pak sedara, mak-mak sedara, sepupu sepapat. Time paling best berkumpul ialah time Hari Raya. Memang rasa takmo balik KL masa tu ...! huhu.

Bagi kakak dan adik, ini merupakan antara pengalaman yang paling menyeronokkan bila balik kampung! Takyah cakap pun ibu tau dah hehe. Cuaca panas pun korang boleh bantai main sampai ke petang kan. Tambah ada kak Shikin .... lagi ligat masing-masing! hehe. Contoh macam kat atas ni ... time ni dalam kul 3 lebih, tapi diaorg dok bersantai tepi bendang temankan Tok kutip kekabu hehe. Teman tengok je la ..... heeeee :D

Aku pun ape lagi ...offer la nak amik gambar diaorg ni. Mana tau nanti korang dah besar, bila tengok gambar ni balik teringat memori zaman kecik-kecik dulu kan kan kan hehehe.




Kakak punye la teruja, sampai dia ajak kak Shikin dia berjalan atas bendang tu! hahaha. Adeh ...nampak nau anak aku ni orang bandar tak pernah merasa pi bendang kan hehe. Kat Melaka pun ada sawah gak, tapi tengok dari tepi hiway je la hehe.

Nak ketawa pun ade gak, bila kak Shikin dia cakap kat aku kakak panggil bendang tu padang bola! Erkkkkk ...... kakakkkkkkkkk ... jangan bagi malu ibu plissss! hahahaha. Padang bola ko panggil ..... haihhhh ... nampaknya kena tambah seminggu lagi duk kampung ni hahaha.




Tengokkkkk ...beria dia mengajak adik dia jalan atas bendang haha. Orang lagi nak berteduh time ni, dia nak berjalan bawah panas terik tu pulak ...haihhh.

Ingat ye nak .... ini bendang bukan padang bola :p




Dan ini merupakan pertama kali kakak berjalan atas titi hehe. Kelmarin aku offer kakak meh la jalan atas titi ngan ibu. Ibu pegangkan ... takmo dia. Semalam, kak Shikin dia ajak naik titi terus meluru dia! Walhal kak Shikin dah sampai seberang dah ... hahaha. 

Memula, takut gak dia ... ye la kayu tu macam kuat tak kuat je dia rasa ...tambah bila bergoyang! haha. Tapi, itulah keseronokkannya ...! Tak goyang tak seronok! haha.






Dah puas main di belakang, sambung di depan pulak! Tolong ayah jolok buah mempelam hehe. Tetiba pulak ayahnya ngidam nak makan mempelam semalam. 




Ni kalau buat rojak buah pun sodap! haha. Betik muda campuq ngan mempelam kacau ngan kuah rojak ...perghhh!



2 comments:

  1. Seronok tengok anak-anak gembira kan. Rindu zaman duduk kampung.

    ReplyDelete

Apa kata korang?