Destinasiku, Bagan Serai!

Monday, March 16, 2015


Assalamualaikum!




Bertolak jam 8 pagi tadi ... lepas 4 jam alhamdulillah selamat sampai. Last kami balik ... ee .. er... san...aahh tak kisah la yang penting kami dah sampai kampunggg! hehe. Alhamdulillah ... kakak dan adik seronok bila dapat tahu nak bali Bagan Serai ... tak sabar nak jumpa Tok, mak andak, kakak Shikin katanya. 

Dan saat aku menaip ni, kakak dan adik dah selamat ngikut kakak shikin balik umah dia sambung main di sana hehe. Anak-anak dah besor ... tak kisah dah kalau takat nak ikut sepupu balik. Kalau kecik dulu ye la ...




First pit stop kitaorg kat Hentian Sebelah Ladang Bikam. Orang tak berapa nak ramai time ni. 




Masa nak melangkah masuk ke tandas, tetiba ternampak kumbang nallarekek (besor)! Akak cleaner tu panggil kumbang gajah, yang Pak Jelan panggil kumbang kayu hehe. Apepun, kumbang besar ni dipercayai telah 'tersesat' dari ladang kelapa sawit di belakang rnr ni. Amboiiii boleh pulak dia memilih tandas tu ... nak masuk tandas wanita je kan! hahaha.

Anak-anak especially Mira dah terjerit-jerit takut lari ke belakang aku hehe. Cuma kakak je berani sikit nak tengok dari dekat. Memang cantik kumbang ni ...aku syak ni kumbang jantan pasai dia suka masuk tandas wanita kan hahaha.

Nak tengok kumbang jantan ni lebih dekat? Moh tengok kat insta aku hehe.




#selfieciked sebelum meneruskan perjalanan. Boleh lagi kakak buat 'peace' atas kepala ibu ...ish ish ishhhh!




Perjalanan sepanjang jalan was very nice! Takda sesak takda eksiden ...smooth je!






Second pit stop kitaorg kat rnr Sg. Perak.  Lapaq la baq hang ...dalam kete makan roti je hehe. Tekak ni teringin pulak nak makan something yang berkuah hehehe.




Si Mira order laksa (tetiba dia mengidam laksa kekdahnya), yang kakak order bihun sup. Last-last Mira tak habis ....ayahhhh juga yang kasi perabih hehehe.

Kakak ibu tengok dah macam mak-mak pulak ...habis anak tudung beralih ke depan! haha.




Aku pun sama order laksa. Sedap baq hang! Pedas pun ye jugak ....huhu. Boleh la semangkuk RM3.50. Siap aku request laksa takmo sayuq lagi hehehe.

 RNR Sg. Perak ada harimau??? 



Inilah rupa 'harimau'nye hehe. Rupanya rimau tipu-tipu dok dalam sangkar. Aku tanya Pak Jelan pasaipa letak rimau olok-olok ni? Katanya tuk takutkan kera di hutan hehe. Ari-ari tengok takkan takut lagi kot? Ehhh takut ngan... kalau tengok 'rimau' tu berselerok kera lari ...!

Hurmmm .... ye ye ohh je kan! hehe. Babai 'rimau'! ^^




Dan, tepat jam 12 tghari tadi akhirnya kami selamat sampai di Taiping! Alhamdulillah ... ;)


You Might Also Like

11 pengomen comel

  1. alhamdulillah...selamat ke destinasi..

    ReplyDelete
  2. Dah lama tak singgah R&R Sg Perak... tak tau ada pulak rimau jadian ni. Hehe. One day nak singgah jugak lah tengok ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anim pun baru tau sis hehe. Ingat rimau sungguh duk baik punye statik dalam sangkaq tu haha

      Delete
  3. wahh seronoknya balik kampung... huwaaa I is jelly, cuti ek?

    ReplyDelete
  4. jalan tak jammed ekk.. semalam kami balik dari Ipoh jammed until Slim river.. huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Arini tk jammed plak sis. Smooth je sepanjang jalan :)

      Delete
  5. selamat datang ke negeri perak...eceh!!laksa kat perak sedap..kan?/

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM