ruangiklan
ruangiklan

Thursday, March 12, 2015

Kakitangan Wanita Dapat Kelonggaran Waktu Bekerja!


Assalamualaikum!


Datuk Seri Rohani Abdul Karim


Wahhh! ini sudah bagusss ...! Dapat kelonggaran waktu bekerja di samping boleh pilih pulak kaedah bekerja yang lebih fleksibel. 

Menurut apa yang aku faham dari artikel INI la yek , perlaksanaan inisiatif yang baru diperkenalkan ini akan dapat dinikmati oleh kakitangan awam wanita di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. 

Tambahan pulak, ia akan mengambil kira markah dalam Laporan Prestasi Tahunan kakitangan yang mana, jika melebihi 85 peratus, maka boleh la menikmati kemudahan ini.


"Inisiatif baharu ini akan memberi kemudahan dan kelebihan kepada pegawai dan kakitangan wanita kerana dapat mengimbangi kehendak tugasan pejabat dan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu serta mengekalkan prestasi dan kecemerlangan individu dan organisasi," katanya selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC 2014) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, semalam.


Oh ya, ada 3 kaedah yang diperkenalkan iaitu :

  1. bekerja dari rumah
  2. masa bekerja anjal
  3. waktu bekerja mingguan yang diubahsuai

Bagaimana mekanismanya, aku tak dapat pastikan. Tapi, aku harap lepas ni program ni dapat diperluaskan di jabatan-jabatan lain pulak. Mungkin dengan kaedah begini, kakitangan awam juga dapat menaikkan lagi prestasi mutu kerja mereka menjadi lebih bagus kan kan kan hehe.


13 comments:

  1. kakitangan awam je hanim??swasta termasuk tak..huhu..sedihnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. awam je kot kak, sebab kena kira markah SKT :)

      Delete
  2. wah..satu berita baik utk kaum wanita la kan..alhamdulillah

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Bukan peraturan dear, tapi kemudahan :)

      Delete
  4. Alhamdulillah, bagus..tp syg, hanya staff wanita di kem pembangunan wanita je yg dpt..harap dpt diperluaskan ke seluruh kementerian dan jabatan seluruh malaysia.... (maaf jika saya salah faham artikel di atas)

    ReplyDelete
  5. baguslaj skem macam ni jangan lepas ni makin malas pula hehe

    ReplyDelete
  6. Cmne nk laksanakan kat cikgu tu agaknya... Hmm..

    ReplyDelete

Apa kata korang?

Note: only a member of this blog may post a comment.

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.