ruangiklan
ruangiklan

Saturday, March 07, 2015

Minat Mereka Sama!

  4 comments    
categories: 

Assalamualaikum!


Aku rasa inilah kelebihannya bila mempunyai adik beradik yang boleh berkongsi minat dan bermain bersama. Sebagai anak bongsu, aku tak dapat merasa tu semua dulu. Aku takda adik yang boleh diajak bermain. Teman aku bermain dalam umah adalah kucing-kucing yang aku pelihara ketika berumur 12 tahun. Sebab tu abah benarkan aku bela kucing dulu .... supaya aku ada 'teman' bermain. Bila ada kucing, aku boleh habiskan masa duduk di rumah instead of bermain kat luar.

Seperti mana kami, ibu dan ayah cuba untuk meluangkan masa bersama kakak dan adik sejak dari kecil, begitu jugalah aku perlu membiarkan mereka meluangkan masa berdua bersama ... just the two of them. Perempuan sama perempuan lebih mudah berkongsi minat dan permainan. Walaupun ada masanya, masing-masing tunjuk 'drama swasta' tapi masih boleh bertoleransi ketika bermain bersama.



Bagi aku, ikatan kekeluargaan yang baik bukan sekadar antara ibubapa dan anak-anak, tetapi juga antara adik beradik. Aku tak nak ada jurang yang besar antara mereka dari kecil dan melarat sehingga mereka dewasa, Bila aku dan ayahnya dah takda, merekalah yang akan sama-sama memastikan ikatan kekeluargaan dan adik beradik utuh selagi hayat dikandung badan.

Mainan masak-masak tu ... di'import' dari kampung hehe. Main masak-masak adalah yang paling top dalam senarai permainan kesukaan diaorg. Tiap kali balik kampung, diaorg akan 'pau' aku barang mainan dari Family Store kat Duyong. Dah habis main, simpan dalam plastik dan tinggalkan di kampung. Tapi kali ni, aku benarkan diaorg bawa balik KL. Lagipun, aku tak sanggup dah nak berebut periuk dan sudip dengan diaorg ..! Sekali diaorg dah pegang periuk dan sudip aku, sampai ke petang dapur aku tak berasap! hahaha ....



4 comments:

  1. Setiap anak punya kesukaannya sendiri.sikap toleransi dan saling berteman tu biasanya menjadikan mereka serasi.kadang kala abang boleh join adik main pondok2 semata2 nak layan adiknya.

    ReplyDelete
  2. Alahai.. Memang mesra adik beradik ni..

    ReplyDelete
  3. mmg bgus main bersama... biasalh sesekali berdrama kn..

    ReplyDelete

Apa kata korang?

Note: only a member of this blog may post a comment.

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.