Small Birthday Celebration

Tuesday, March 24, 2015


Assalamualaikum!



Dua orang budak kicik yang dah tak berapa nak kicik. Tahun depan adik dah masuk darjah 1 dan kakak darjah 3. Agak-agak camne la rupa adik pakai baju sekolah rendah nanti yek hehe. Hurm cepat nau korang ni membesar.  

Plan awal nak bawak gi makan tempat lain, tapi barangkali rezeki diaorg ... aku bawak gi makan di Delifrance! hehe. Thanks to Delifrance ...memang sampai tepat pada masanya! hehe. 


Memandangkan juga Pak Jelan akan pergi outstation hari ni, maka memang sedang elokla kalau aku bawak family makan di sini. Walaupun last minit planning dan agak rushing tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar.




Tanpa membuang masa, lepas maghrib kami keluar hehe. Memula ingat nak gi kat Midvalley Megamall je, tapi mengenangkan hari dah malam, esok nak bangun pagi lagi, maka kami pilih yang paling dekat ... Great Eastern Mall. Dekat dengan umah dan tak perlu bersesak dengan orang ramai. Macam biasa, aku la yang jadi tukang ordernya hehe.  

Memula Pak Jelan pilih nak makan Spicy Fish served with Rice , punyer beria aku promote sedap tapi bila order .... dah habis pulak! Pastu budak-budak nak makan eksrem sundae ...pun habis jugakkkk! Order air 100 Plus mesin pulak rosak! Urghhh .... ni yang aku rasa nak tukar jadi 'hulk' ni!! :p 

Tapi mujurlah mood aku baik hehe. Staff tu pun sabar melayan kerenah kakak dan adik yang tak reti duk diam. Selagi tak nampak kek dengan macaron dalam pinggan, selagi tu diaorg tak berhenti bercakap ....! Haihh ...



Rainbow Cake pilihan adik



Oreo Cheese Cake pilihan kakak




Macaron ... sorang dua! hehe




Ini je yang diaorg nak makan ..! Bila kita suggest pasta atau spaghetti atau chicken grilled takmo pulak dia. 




Grilled Chicken Leg with Mushroom Sauce ni Pak Jelan punye. Tapi tak lama ... lepas tu jadi hak milik bersama semua haha. Semua pakat makan sampaikan kakak dan adik cakap ummm...sedap la ni bu!

Haaa baru ko tau sedap ...tadi orang suh order jual mahal! haha. 

 


Tengok ...! haha kan ibu dah kate. Gamaknya diaorg ingat dish ni pedas sebab sos dia nampak cam 'pelik' je kan haha. Tapi bila dah 'ngap' ... baru tau langit tinggi rendah! haha. Grilled Chicken ni memang recomended! Sedap dan berkrim ...! :)



Ini kak long a.k.a iolss punye hehe. Steak & Mushroom Pie .... ni first time aku cuba ni. Nak tau apa isi di dalamnya? 




Jeng jeng jengggg! ada daging, kentang dan mushroom. Not bad ... sedap makan begini. Berbaloi tunggu 25 minit heeee. Aku ngan Pak Jelan la yang perabihkan pun hehe :D




Last but not least, Meatball Pasta untuk 'back-up' kot ada yang tak puas makan lagi. Aku lettew ekekekeke! Adik kalau tengok kaler merah dalam makanan memang dia berat hati nak mencuba hehe. Bila kakak cakap dan konfidenkan dia pasta ni tak pedas baru lah adik terbuka hati nak makan. 




Birthday gurls .... kalau kakak tak mengusik adik mesti adik yang mengusik kakak. 




Muka masing-masing ada senyummmmm hehe. Alhamdulillah .. walaupun kecil-kecilan tapi kakak dan adik happy siap cakap 'terima kasih ibu terima kasih ayah'. You are most welcome sayanggggg ! ^^


You Might Also Like

4 pengomen comel

  1. suka tengok muka kakak pakai tudung macam tu..sangat ler comel...happy birthday for both of u..moga jadi anak yang solehah ye..emm..bulan depan awfiyah dah turns 1..tak tau nak celebrate kecil²an or Besar²an..lagipun awfiyah bkan pandai tiup lilin lagi..hehehe...rasa kecil²an antara family dah cukup kot...mabless tengok makanan tu anim

    ReplyDelete
  2. Terliur tgk yang ayam tu.. Nyum2! Rasanya sekali je pernah makan kat Deliferance.. Jakun habih ni.. Haha..^_~"

    ReplyDelete
  3. Wow menu semua nampak tempting sangat.. happy belated birthday buat kakak & adik..=D

    ReplyDelete
  4. Meriah sungguh dengan makanan... emmm dapnya..
    Happy family pic yg last tu hanim :)

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM