Advertorial - Pengalaman Baru!

Thursday, July 09, 2015


Assalamualaikum!


Ini cerita bulan Mei lepas, tapi baru sekarang rasa nak kongsi di sini hehe. Inilah pertama kali dalam hidup aku dapat tengok muka sendiri dalam suratkhabar! hehe. Alhamdulillah ... ini semua memang pengalaman baru bagi aku yang sememangnya menantikan saat-saat begini ...walaupun ianya sekadar iklan! hehe.

Teruja? maunya tidak! haha ... tapi takda la sampai nak abadikan dalam bingkai gambar bagai! Keratan asalnya pun dah ke mana aku campakkan hehe. Yang ada pun ni ha, dalam henpon .. sempat aku tangkap gambarnya. Sebelum gambar ni pun aku buang, baiklah aku abadikan dalam blog, kalau tak ... kempunan kak long! hehe





Advertorial ni pun dah selamat keluar 13hb Mei aritu dalam Harian Metro. Selain aku, beberapa rakan blogger lain turut terlibat dalam advertorial ini. Antaranya, Farah Waheda dan kak Suria Amanda :) Dan, bila tengok balik artikel ni, aku tertanya jugak dari mana datangnya kekuatan aku memegang sepanduk dan melakukan 'aksi' begitu! haha ...

'Aksi' yang macam mana?? Tuuuuuu ....  jelas terpampang wajahku yang sedang 'marah' dengan mulut yang herot gitu hahaha ... adehh! Selalu amik gambar mesti nak bajet sweet muslimah dan sopan gayanya ...sekali yang ni ...hamikkkkkk ko Nim! muahahaha. Dalam banyak-banyak gambar boleh pulak gambar ni jadi pilihan ye muehehe. Takpela kak long ... janji muka ada tunjuk maaa hahaha!

Memang ini satu pengalaman berharga bagi diriku, yang juga aku anggap rezeki buat anak-anak. Peluang ini mungkin datang sekali seumur hidup ... tak tahu bila lagi boleh masuk suratkhabar (hehehe)! Apapun, terima kasih untuk pengalaman yang sungguh berharga ini! ^^

Kalau ada sumur di ladang boleh kita menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang boleh la kasi kita masuk paper lagi ...ekekekeke :p


You Might Also Like

5 pengomen comel

  1. Wahhh hebat tu..hehee...semoga terus suksess...;)

    ReplyDelete
  2. wahhh retis ni...mintak sign hehe

    ReplyDelete
  3. best nyer pengalaman tu :)
    tak semua org dpt tau pengalaman sebegitu...
    tahniah...

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM