Apa Perlu Buat Bila Kita Terlanggar Kereta Orang?

Friday, July 10, 2015


Assalamualaikum!


Tak tahu la kenapa kerap sangat jadi begini. Dalam tahun ni saja dah banyak kali terkena macam ni ....! Keriangan semangat Ramadhan dan Raya hampir-hampir terkubur gara-gara insiden semalam. Mujurlah tiada kemalangan jiwa yang serius.....!

Kita dah bawa cukup cermat dan berhati-hati, tapi terkena jugak. Nak kata sistem brek bermasalah elok je tekan brek. Nak kata lampu belakang tak berfungsi terserlah warna kemerahan bila brek ditekan. Nak kata kami pandu macam orang mabuk elok je duduk dalam barisan dan ikut kereta depan dengan jarak yang sesuai! 

Kalau nak diceritakan kisah kena 'cium' dari belakang ni ... memang banyak! Ada yang aku ceritakan dalam blog, ada yang aku pendamkan aje ...sebab malas nak ulang benda yang sama. Tapi, kali ni situasinya berlainan sama sekali huhu. Selalunya aku yang baran dan cepat marah kalau orang terlanggar dari belakang ni ... dan Pak Jelan la yang menenangkan aku.




Tapi, semalam sebaliknya berlaku ...sebab?? Sebab orang yang melanggar tu takmo keluar dari kereta untuk melihat apa yang dia dah buat pada kereta kami. Bila ko dah tahu yang ko memang terrrrlanggar orang di tengah-tengah jalan sesak menghampiri bulatan dan ko takmo keluar dari kereta  .... itu memang boleh mengundang kemarahan orang.

Kami dah pernah kena 'sondol' dengan pemandu lain sebelum ni dan mereka yang keluar dulu untuk melihat kereta yang dilanggar. Tapi semalam ... barangkali dia terkejut gamaknya .... tapi masih juga dia tak patut hanya duduk dalam kereta tanpa berbuat apa! Kami bukan macam 'kiki stereng' keluar bawak pengunci stereng nak pukul orang, kami cuma nak orang tu keluar dari kereta tengok apa yang dah dia buat dan minta maaf ....mudah kan!

Dipendekkan cerita, aku ajak dia setel tepi kat stadium hoki. Barulah dia bertenang dan cakap yang dia terkejut sebenarnya lepas terlanggar kami tu. Dia sedia bawa kereta kami ke bengkel untuk dibaikpulih dan kosnya dia tanggung. Dan dia minta maaf .... 

Mujur masa tu anak-anak takda dalam kereta. Mujurlah jugak kereta takda yang lekuk serius. Kecik je lekuk dia ... yang kami risaukan takut bumper belakang tu runtuh je, sebab dah banyak kali kena 'cium' kan ...! Dah la nak raya ni, nak jalan jauh lagi ... nak guna pulus semua tu huhu ....

Harap lepas ni takda la berulang kejadian sebegini. Kalau tak, memang kena mandi bunga la kereta aku ni! hehe. Buat semua pemandu di luar sana, tak kira lelaki atau wanita pandulah hati-hati selalu. Jangan ralit sangat tengok tempat lain! jangan main henpon! jangan dok tekan minyak kalau dah tahu jalan sesak! jangan 'cucuk' kereta depan rapat sangat! Dannnnnn ... kalau dah terlanggar tu silalah keluar dari kereta jangan hanya duduk macam batu kat dalam tu! Keluar dan periksa kerosakan jika ada, runding secara baik dan minta maaf. Kita pun tak jadi nak marah kalau gitu .....!




Mood kembali ceria bila dapat kad raya! hehe. Terima kasih pada rakan blogger kita ni sis Aida dari adianiez.blogspot.com yang sudi hantar kad raya. Baru je sampai pagi ni ..segar dari sampulnya! hehe. Siap ada cenderahati magnet pulak lagi ...comel sangat ni! Konfirm akan lekat kat cpu kat sebelah ni hehe.

Terima kasih sis! ^^


You Might Also Like

7 pengomen comel

  1. Dulu iday pernah terlanggar kereta orang. first thing iday buat, ambil gambar tempat yang kena langgar. then minta setel kat balai polis. sebab ada orang tu taknak setel, then demand duit banyak2 padahal, xcalar pon. Hehehehe Berdasarkan pengalaman sendiri.

    ReplyDelete
  2. driver tu tengah terkejut kot..tu yg tak kluar keta..lagi satu taku kan kes mcm kiki stereng tu..nasib baik jugak dia mintak maaf,kan..ujian bulan pulasa ni..sabar banyak2

    ReplyDelete
  3. kadang2 mungkin orang takut nak keluar kereta bile risau tu accident yg disengajakan. T_T

    ReplyDelete
  4. saya pulak, bila terlanggar kereta orang, mesti kereta yang mahal2 je...huhuhu sabar je la

    ReplyDelete
  5. aish! keta saya tah berapa kali org langgar. Semua pun langgar lari. Last raya puasa lagi teruk esok nak raya petang before raya dok melangut kat balai polis trafik . Satu kancil sudah langgar kereta saya kat tol plaza katanya tak sempat brake. Yang penting dari jauh saya nampak dia bawa laju. huh...kancil dia teruk and bumper saya pun teruk juga. dugaan...http://www.princesscindyrina.com

    ReplyDelete
  6. Ena pernah kena kat traffic light. Kereta tu berundur, tercium kereta ena. Haishhhh kalau bawak ke balai pun tak boleh jadi, nanti panjang ceritanya sebab kalau polis tu tak tahu punca, kiranya ena yang salah. Geram jee. Bumper depan jatuh sikit.

    ReplyDelete
  7. sama-sama :) hi hi...

    aida pernah kena langgar kat belakang.
    tapi dgn motor!
    zasss dia lari mcm lipas kudung.
    melayang RM400 betul kan lampu yg pecah semua nyer :(

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM