Kita Pindah ...Nak?

Tuesday, July 28, 2015


Assalamualaikum!


Sekali sekala bila balik kampung, aku akan bangun pagi-pagi buka tingkap dan ... sejukkkkk hawa dingin alam semulajadi menerpa wajah! Allahuakbar ... nikmat sungguh angin sejuk waktu begini! Bila fikir-fikir balik, rasa macam nak duduk terus di kampung! Keindahan dan kesegaran udaranya menyebabkan aku boleh lupa ingatan tentang kerja dan kehidupan di kota!

Dan, jujurnya aku sangat rindukan semua tu! Kehidupan di kota besar tidak setenang di kampung halaman. Dan, bila melihat wajah anak-anak yang ceria sambil menghidup udara pagi yang segar di Taman Tasik tempoh hari, aku sedar bahawa mereka juga berhak untuk dapat yang lebih baik!



Sebab itu, bila ada rezeki lebih dan kami pulang ke kampung ... anak-anak pasti akan habiskan masa mereka di luar rumah Atoknya! Seawal pagi, diaorang dah sepahkan halaman depan rumah dengan daun yang dipetik dari pokok bunga Wan untuk main masak-masak. Aku tak tahu la naper Wan tak marah langsung budak-budak ni main dengan pokok bunga dia, walhal kalau aku nak trim sikit pun mak dah membebel hahaha. Tapi bila dua beradik ni main petik je daun dan bunga .... eh tak berbunyi pulak mak aku ni! Grrrr ..... hahaha

Mungkinkah satu hari nanti aku dapat pindah balik kampung? Kalau dapat transfer kat Melaka ni pun ok gak kan. Dapat la aku jadi #BloggerMelaka pulak hehehe. Lagi satu, aku memang niat nak jaga mak dan abah. Di waktu usia menjengah 65 tahun, mereka pasti perlukan perhatian dan kasih sayang dari anak-anak dan cucu-cucu. Dari raut wajah diaorang aku faham ... cuma tak terluah kerna tidak mahu anak-anak terkongkong dengan permintaan...

Hurmmm .....





Pemandangan pagi di Taman Tasik Titiwangsa 26 Julai 2015

I LOVE GREEN!


You Might Also Like

5 pengomen comel

  1. bestnye tinggal di kampung, serabut dengan jem di bandar besar...kalau IQ dapat peluang kerja kat kampung pun, IQ sanggup, lebih aman..huhu

    kampung belah suami IQ melaka juga...hehe

    ReplyDelete
  2. Bestnya klu dpt blik dok kt kmpung cm ni... kt Png xda lgu ni.. huhu

    ReplyDelete
  3. memang tenang kalau dapat duduk kampung...leibh2 lagi kalau dapat jaga mak dan ayah..insyaAllah semoga dipermudahkan segala urusan..

    ReplyDelete
  4. memang best dok kampung..tapi kan saya dengan suami orang yang tak boleh dok kampung lama2..hahha..maklum la,kampung memang betul2 kampung.sekolah jauh,hospital jauh,klinik pun tak de yang 24 jam..lagi satu dok kampung kos hidup tinggi sangt..barang mahal2..

    ReplyDelete
  5. Siapa tak suka tinggal dekat kampung..
    Tenang tanpa hiruk pikuk kenderaan.. tambah pulak keliling ada pokok buah.. lagi ohsem.. hehehe..

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM