Sunday, September 27, 2015

# Anything and Everything # Cuaca

Apa Kaitan Bacaan IPU Dengan Meteorologi?


Assalamualaikum!




Aku dapat gambar ni dari sorang sahabat ... korang nampak tak apa yang tak kena dengan artikel ni? Cer tengok dan baca betul-betul...

Aku nak ketawa pun ada ... sedih pun ada. Nak kata dia takda sumber, tapi bagaimana boleh jadi wartawan? Adakah editor dia tak semak dulu sebelum artikel ini dikeluarkan? Dan cuba korang bagitahu aku, APA KAITAN IPU DENGAN JABATAN METEOROLOGI??

Kalau orang cerdik, dia mesti tahu IPU atau INDEKS PENCEMARAN UDARA dikeluarkan oleh JABATAN ALAM SEKITAR. Boleh semak sendiri di laman web JAS




Tak percaya, cer tengok di halaman depan laman web MetMalaysia, dalam kotak merah tu .... faham dah kan? 

Itulah ... benda nampak remeh tapi kesannya besar pada Jabatan yang terlibat. Tak pasal-pasal orang lain menanggung fitnah! Huhuhu...

Sebagai seorang wartawan, dia patut tahu antara ilmu dan etika kewartawanan kedua²nya sangat penting dan kena seiring untuk mengelakkan salah faham dan kekeliruan seperti ini dari berlaku. Yang tahu kebenarannya takpelah... yang tak tahu? Akan terus menerus menyalahkan Jabatan yang takda kaitan! Bila cakap tak cerdik kang ... sentap pulak!

Ish..ish..ish...

6 comments:

Apa kata korang?