Bila Naik Bas Metro ...

Wednesday, September 09, 2015


Asalamualaikum!


Dah lama benor aku tak jejakkan kaki naik bas Metro ni. Minggu lepas aku terpaksa naik, sebab tempat yang nak dituju tu memang terkenal dengan kesesakannya! Takmo la menyusahkan suami yang perlu berulang alik dari Subang ke PJ nak amik aku ... huhu...

Naik bas satu hal, menunggunya pun satu hal jugak! haha. Aku paling 'lemah' kalau bab menunggu bas ni ... tapi apakan daya, kena kuatkan badan dan jugak semangat melangut kat bus-stop tu sambil panjangkan leher mengintai kot-kot bas yang dihajati dah sampai! Hampir 45 minit .... baru dia muncul ... huhu




Lama benor aku tak tengok tiket bas ni hehe ... eh, ni kenangan ni! Ada orang sanggup kumpul tiket bas Metro pelbagai warna semata-mata sebagai kenangan tau! Tapi bukan aku la hehe ....

Duduk di KL ni, nak taknak kena biasakan diri dengan pelbagai jenis pengangkutan awam. Dan, bas adalah salah satu pengangkutan awam yang memang aku dah biasa gunakan sejak dari sekolah menengah lagi. Nak ke sekolah, pusat tuisyen, kompleks sukan kg. pandan, dan pusat membeli belah sekitarnya.

Cuma, hari tu aku terpaksa pergi jauhhhhh sikit dari KL ... ke tempat yang memang aku tak biasa pergi lagi. Opkos sebelum aku amik bas Metro ni, aku kena tahu arah mana dia pergi. Kang tak pasal-pasal aku sampai kat tempat lain .... naya diriku sendiri! huhu ....





Antara isu yang biasa dikaitkan dengan pengangkutan awam seperti bas ni adalah risiko diraba dan penyeluk saku! Zaman aku sekolah dulu memang banyak kes sebegini. Malah mak aku pun pernah kena sampai koyak beg mak aku si pencuri tu toreh ngan pisau. Turun je dari bas terasa beg ringan semacam. Mujur la mak letak dompet ngan IC semua dalam poket baju ... huhu

Ye la ... bas dah padat ngan orang macam 'ikan sardin', selagi boleh muat selagi tu diaorang amik penumpang, sampaikan yang berdiri di dalam bas tu terpaksa berhimpit-himpit. Bila dah macam tu ... akan ada la yang mengambil kesempatan ....

Tu sebab bila aku tengok pempuan pakai seksi naik bas ... tak kisahlah Metro ke, Intrakota ke, RapidKL ke atau apa-apa pengangkutan awam selain bas.... sangatla tak bijak! Aku pulak yang naik takut dan segan huhu... 

So, jadilah insan yang bijak dan berpakaian sopan walau dimana jua kita berada. ingat ... kita sentiasa diperhatikan huhu ....


You Might Also Like

10 pengomen comel

  1. lama dah xnaik pengangkutan awam sejak ada kete sendiri..:)

    ReplyDelete
  2. Last fiza naik bas kat KL kalo tak silap masa umo 20-21 tahun gitu . dah 10 tahun dah.hihihi. tiket tuuu memang kenangan!

    ReplyDelete
  3. pakai tiket cmni ms zaman sekolah 13 tahun lps.. ahhaha

    ReplyDelete
  4. macam ni kalau duk KL kan..nak bawak kenderaan sendiri x berbaloi sebab jammed sana sini

    ReplyDelete
  5. waduh...iman pon udah lma xnaik.last naik bas zaman skolah dah bpe tahun.iman plak jns mabuk jalan so klo naik public transport meme fenin

    ReplyDelete
  6. akak pun dah lama tak naik bas, zaman belajar dulu selalu lah..

    ReplyDelete
  7. lama x naik bas.masa zaman skolah dulu2...selalu naik public transport ni

    ReplyDelete
  8. last naik tahun 2007 kot kat area ampang setiap hri p kerja..lebih rapid dripada bas metro..tp betul,tolongla pakai baju elok2 sikit kalau nak naik bas..xlenak bayang time nk kene himpit dlm tuh..fuhhh..kalau turun bas lega betul

    ReplyDelete
  9. lama sgt dah aida x naik bas awam.
    sgt lama.
    lgpun kat melaka bas awam tak brape byk di kawasan aida ni.
    lg la x naik bas, hanim.

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM