Tuesday, September 08, 2015

# Entertainment # Event

Jom Sahut Kempen Jimat++ Bersama MAMEE


Assalamualaikum!


Sambutan Merdeka dan Hari Malaysia pada bulan ini bakal dimeriahkan lagi dengan pelancaran Kempen Jimat++ Mamee-Double Decker. Lebih bermakna lagi apabila MYDIN dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) turut sama memberikan sokongan untuk menggalakkan pengguna khususnya golongan ibu-ibu mendapatkan produk makanan berkualiti dengan harga jimat!




Bertempat di MYDIN USJ, Subang Jaya satu majlis pelancaran telah diadakan bersempena dengan Kempen Jimat++ Mamee-Double Decker. Turut hadir merasmikan majlis, YB Dato' Sri Rohani Abdul Karim ditemani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Mamee-Double Decker (M) Sdn Bhd, Tan Sri Pang Tee Chew.

Tampil dengan tema 'Ibu Lebih Arif', kempen ini akan memberi tumpuan terhadap pengguna khususnya kaum ibu memandangkan mereka lebih berpengetahuan dalam menentukan barangan rumah yang berkualiti dengan harga yang berpatutan. Sebagai ibu aku setuju, kerana di waktu ekonomi yang sangat tidak menentu ini, pengurusan kewangan dalam hal perbelanjaan perlu diberikan perhatian khusus dan sebolehnya kita mahukan penjimatan dalam setiap pembelian.




Dato' Sri Rohani turut menyambut baik pelancaran Kempen Jimat++ Mamee Double Decker ini kerana beliau merasakan inilah masa yang sesuai untuk membantu setiap keluarga mengurangkan beban perbelanjaan membeli barangan keperluan rumah. 

Dan sudah tentu, Mamee sebagai sebuah syarikat korporat besar mengambil langkah yang baik untuk melaksanakan tanggungjawab sosial dan memahami kehendak pengguna yang menginginkan produk yang lebih berkualiti dan menjimatkan.



Pelancaran Kempen Jimat++ selamat dilancarkan 



A video posted by Hanim Hashim (@wanimira) on


Mamee merupakan antara jenama yang telah lama bertapak di Malaysia, malah aku juga membesar bersama Mamee. Antara produk keluaran Mamee adalah seperti Mister Potato yang diiktiraf sebagai snek kentang nombor satu di Malaysia, Mamee Monster dinobatkan sebagai snek mi nombor satu di Malaysia dan Mamee Chef Laksa Kari juga dinobatkan sebagai mi cawan segera No. 1 di dunia oleh pengulas mi segera antarabangsa, The Ramen Rater yang berpangkalan di US.

Antara produk lain juga termasuklah mi segera Mamee Premium, Sllrrrp dan Mi Cawan Sllrrrp dan Express serta minuman keluaran terbaru iaitu Mamee Cool Tea.



Mi Cawan Mamee Sllrrrp dan Express - Beli 6 percuma 2



Mamee Cool Tea - Beli 5 percuma 1




Mi Segera Premium dan Sllrrrp - Beli 5 percuma 1




Jimat banyak woooo!



Booth Nutrigen - nak try sampel air Nutrigen bolehlah datang sini



Ada booth Mamee Chef juga! 
Tengok blogger Ida Baharum tu, sekali dua cawan dia sebat! hahahaha
*gurauan semata*




Haaa ada lagiiiiiiii! Selain korang boleh menikmati penjimatan dengan harga berpatutan untuk produk Mamee, korang juga boleh dapatkan bekas kedap udara (seperti dalam gambar di atas) dan baucar MYDIN bernilai RM5 dengan setiap pembelian produk Mamee bernilai RM30 dan ke atas!

Wowwww ada 4 bekas kesemuanya untuk dimiliki! Tapiiiiii promosi ini HANYA sah dari 7 September sehingga 10 September 2015 dan HANYA di MYDIN USJ Subang Jaya je tau. So, korang mai serbu MYDIN USJ cepatttt! hehe.




Walaupun kelihatan maskot Mister Potatoo dan Mamee Monster berlegar-legar di sepanjang majlis itu, aku tetap memilih untuk bergambar bersama pengacara majlis yang putih suci murni, Irma Hasmie. Memang terserlah kesucian wajah beliau, dan .... aku pun terserlah jugak. Tapi, tang eye-bag tu je la yang terserlahnya muahahaha!

Untuk makluman korang, Kempen Jimat++ Mamee-Double Decker akan berlangsung dari 1 Ogos sehingga 31 Oktober 2015 dan produk-produk Mamee boleh didapati di mana-mana pasaraya atau kedai runcit seluruh Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, boleh terjah www.mamee.com


4 comments:

  1. harus grab cepat ni.eh.bestnya jumpa irma..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas perkongsian kak.. Bagus ni

    ReplyDelete
  3. choii akak.. ida amik tuk akak laaaa. hahahhahahahha

    ReplyDelete
  4. Memang ibu yang memahami erti 'JIMAT' ni...hihi

    ReplyDelete

Apa kata korang?