Saturday, September 12, 2015

# Bola Sepak # JDT

Tak Berbunyi - JDT VS Perak


Assalamualaikum!




Buat pertama kalinya tengok perlawanan bola, rumah jadi sunyi sepi malam tadi. Bila dapat tahu ada perlawanan pembukaan Piala Malaysia disiarkan di tv9, tambah JDT lawan Perak pulak tu, terus rasa takda harapan la nak tukar channel lain.

Lalu aku membawa diri ke dalam bilik anak-anak layan diaorang tengok cerita drama kelakar. Kelakar jugak tu! Tajuk dia 'Isteriku Bukan Tukang Masak' hehe. Entah macam mana pulak kakak boleh cari cerita tu kat youtube huhu ...




Berbalik kepada perlawanan bola, aksi hambar Perak pada perlawanan pembukaan Piala Malaysia menyaksikan mereka tumpas kepada JDT dengan 2 gol berbalas 'telur'! Aiyoyoyoooooo ..... gamaknya Pak Jelan dah tak larat nak jerit lagi dah kot .... huhu...

Takpe Perak, ini baru perlawanan pertama ... masih ada peluang lagi untuk menambah mata. Harap lepas ni dapat tingkatkan prestasi pasukan anda! hohoho ....

Gol JDT dijaringkan oleh Safee Sali dan sorang lagi ... ape ntah namo eh. Ado Pak Jelan kabo nama dia tapi tak lancar lidah nak nyebutnya hehehe. Akhirnya, Pak Jelan dan penyokong Perak pasrah dengan kekalahan pertama mereka malam tadi.

Bagi mengubat luka, kami layan Top Gun kat tv2 lepas tu. MasyaAllah Tom Cruise manyak muda manyak henshem la! Tapi heroin dia tak lawo lah hehehe ....


********************************************************************************

Bangkit Subuh tadi, baca berita mengenai tragedi kren runtuh akibat ribut pasir yang melanda Makkah semalam sehingga mengorbankan 107 jemaah haji dan mencederakan 238 jemaah yang lain setakat laporan yang disiarkan hari ini. Allahuakbar .... moga Allah pelihara dan lindungi semua jemaah haji di sana, dan moga yang terkorban mendapat syahid di Makkah al Mukarramah ... insyaAllah

Allahummagfirlahum warhamhum wa'afihim wa'fu'anhum ....

Teruskan berdoa untuk keselamatan para jemaah di sana. 

#Pray4Mecca


2 comments:

  1. alhamdulillah..JDT menang..Perak cuba lagi tahun depan ye...hehehe..

    ReplyDelete

Apa kata korang?