Cuba Dulu Baru Tahu!

Friday, November 27, 2015


Assalamualaikum!


Kalau waktu sarapan pagi, aku sekadar makan untuk 'alas' perut je. Tapi ada juga kengkadang tu aku makan tak ingat orang sebelah gak hehe. Ye la ... malam sebelum tu kengkonon nak diet la takmo makan nasi, sekali pagi ... hamikkkk! Kebulur jadinya .... menggeletar cari nasi lemak! :p

Biasa tengahari aku mula jadi dilema .. tak tahu nak makan apa untuk lunch! Kengkadang payah nau rasa, aku buat je air milo cicah ngan biskut lemak tu pun boleh kenyang dah. Tapi, petang tu menggeletar balik la kepala lutut ni cari nasi hahaha ....




So, lepas penat bekerja 4 jam pada waktu pagi tibalah masa perut diisi dengan sesuatu yang boleh memberikan tenaga untuk 4 jam seterusnya heeee. Dan semestinya menu pilihan aku yang murah lagi jimat ... Nasi Goreng Kungfu!

Dan kedai yang menjadi pilihan aku ialah di Yadi Tomyam, kat carpark ni. Memang kalau masakan panas, dia punye champion la hehehe. Dah la champion ... murah baq hang!

Nasi goreng biasa ... nampak 'kering' betoi dak? Apakata kita tambah kan sedikit kuah .... kungfu!




Fuh! menangkap kesedapan dia! Korang cubala order, mana tahu korang pun terpikat macam aku jugak hehe. Makan macam ni baru kenyang rasa. Paling penting takyah pening pilih lauk, memang dalam kuah kungfu dah ada seafood semua hehehe. 

Bagi aku, memang kenyang hanya dengan sebungkus nasi goreng kungfu macam ni. InsyaAllah boleh tahan sampai malam hahaha. Paling pentinggggg ..... harga dia cuma RM5! So, korang pilih la ... nasi goreng biasa pun harga lebih kurang RM5 jugak, ni tambah kuah kungfu lagi .. pada harga yang sama! Berbaloi tak rasa ..? BERBALOIIIIIIII .....

Jemput makan ..... :)

You Might Also Like

3 pengomen comel

  1. NAMPAK SEDAPPPP..DAH LA TENGAH LAPAR NI ..
    EHEM ! SYIRA DAH KELUARKAN BUKU TAUU...HEE..JOM SUPPORT !
    ^_^ BUKU SERENITY BY SYIRA LOKMAN ! FREE POSTAGE DAN HADIAH MISTERI (TERHAD).
    JOM TERJAH BLOG SYIRA :D

    ReplyDelete
  2. Mee kungfu ker tu? nampak sangat sedap

    ReplyDelete
  3. Menarik tuh.. Nasi goreng kungfu..

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM