Wednesday, November 25, 2015

# Dettol # Event

Didik Kanak-kanak Tentang Misi Kebersihan Dengan Dettol!


Assalamualaikum!


Setiap hari kita terdedah dengan pelbagai jenis kuman dan bakteria yang ada disekeliling kita.Dan, kanak-kanak adalah golongan yang paling mudah mendapat risiko dijangkiti kuman dengan hanya melalui tangan mereka! Untuk itu, Dettol telah mengambil inisiatif bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mendekati kanak-kanak melalui program di sekolah yang dikenali sebagai Misi Kebersihan, dengan janji untuk mencapai 1.5 juta orang kanak-kanak dalam tempoh lima tahun.

Dalam usaha untuk menjadikan proses pembelajaran ini menyeronokkan dan efektif, Dettol telah merancang beberapa aktiviti yang menarik untuk kanak-kanak, seperti; sketsa pendidikan kebersihatan tangan, demonstrasi UV kuman, 7 langkah mencuci tangan, beg cenderhaati dan peringatan berterusan. Menjelang akhir tahun ini, Dettol akan turut menganjurkan Ceramah Kebersihan Diri di 200 buah sekolah dan Hari Kantin di 53 buah sekolah.




Untuk menguatkan lagi mesej yang ingin disampaikan, Cabaran Sekolah Dettol telah diperkenalkan tahun ini, dimana sekolah-sekolah bersaing antara satu sama lain untuk mengadakan kempen kebersihana yang paling berkesan. Sekolah-sekolah yang mengambil bahagian perlu merancang kempen mereka sendiri, yang bertindak untuk meningkatkan kesedaran di kalangan pelajar dan ibubapa tentang kepentingan kebersihan tangan. Para pemenang kemudian dipilih berdasarkan idea kempen dan aktiviti keseluruhan.

Dan bagi meraikan pemenang bagi Cabaran Sekolah Dettol yang berlangsung baru-baru ini, satu majlis penyampaian hadiah Cabaran Sekolah Dettol 2015 telah diadakan di The Everly Hotel, Putrajaya. Kali ini, ibu turut ditemani kakak dan adik yang terpaksa 'dicutikan' pada hari itu atas sebab-sebab kecemasan hehe ...




Majlis penyampaian hadiah ini diserikan lagi dengan kehadiran Timbalan Menteri Pendidikan, YB. Tuan P. Kamalanathan P. Panchanathan, yang kemudian turut bersama menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Dari sekolah-sekolah yang bertanding, 4 buah sekolah telah terpilih ke peringkat akhir Cabaran Sekolah Dettol 2015. Antaranya :
  • Sekolah Kebangsaan Perpaduan, Ipoh
  • Sekolah Kebangsaan Bachang, Melaka
  • Sekolah Kebangsaan Taman Semarak, Negeri Sembilan
  • Sekolah Kebangsaan Bukit Rambai, Melaka



Antara pameran yang ditunjukkan oleh 4 buah sekolah dalam peringkat akhir Cabaran Sekolah Dettol 2015 di The Everly Hotel, Putrajaya








Keputusan Cabaran Sekolah Dettol 2015

Juara : Sekolah Kebangsaan Perpaduan, Ipoh
-menerima hadiah tunai berjumlah RM5,000 dan pengubahsuaian kantin sekolah daripada Dettol-

Naib Juara : Sekolah Kebangsaan Bachang, Melaka
-menerima hadiah tunai berjumlah RM4,000 dan pengubahsuaian kantin sekolah daripad Dettol-

Tempat Ketiga : Sekolah Kebangsaan Taman Semarak, Negeri Sembilan
-menerima hadiah tunai berjumlah RM2,000 dan pengubahsuaian kantin sekolah daripada Dettol-

Pemenang Kategori Kempen Kesedaran Paling Baik :
Sekolah Kebangsaan Perpaduan, Ipoh
-menerima hadiah produk-produk Dettol berjumlah RM2,500-

Pemenang Kategori Idea Paling Kreatif :
Sekolah Kebangsaan Bukit Rambai, Melaka
-menerima hadiah produk-produk Dettol berjumlah RM2,500-




Tahniah diucapkan kepada semua pemenang! Yang penting, semua pihak perlu bekerjasama memastikan kanak-kanak mengetahui tentang kepentingan menjaga kebersihan tangan mereka dan memastikannya sentiasa bersih dari kumah. Diharap, mesej kebersihan ini dapat disampaikan di sekolah-sekolah lain pada masa akan datang.




Sebagai ibu, sudah pasti aku juga mahukan yang terbaik untuk kakak dan adik. Maklumla, diperingkat ini mereka berdua mempunyai sifat ingin tahu dan mahu menyentuh apa sahaja yang dilihat di depan mata. 

Demi memastikan kebersihan dan kesihatan mereka, kita perlu menerangkan tentang tabiat dan kepentingan mencuci tangan dengan cara yang betul. 




Terima kasih Dettol untuk cenderahati yang menarik ni. Memang sabun tangan Dettol Antibakteria Original ni ibu khaskan untuk kakak dan adik cuci tangan. Kini, Mira pun boleh jadi adiwira cuci tangan yang hebat macam kakak-kakak dan abang-abang di atas hehe. 

Untuk maklumat lanjut tentang Dettol, boleh layari www.dettol.com.my

4 comments:

  1. kebersihan mmg penting..terima kasih Dettol!

    ReplyDelete
  2. salam, memang kalau pkai sabun detol nieis rasa bersih sket maybe bau dia kot kan?

    www.iskandarx.com.my

    ReplyDelete
  3. suka hand wash dia wangiiii dan bentuk foam kan..ari2 mama suruh anak bsh tangan hahahaha

    ReplyDelete
  4. aida kalau holiday, mesti bw dettol utk mandian anak2.
    maklum la, mesti mandi dlm pool kan.
    wajib! ilang kan kuman air klorin pool tu :)
    and bau dia sungguh la segar!

    ReplyDelete

Apa kata korang?