Hari Anugerah Cemerlang & Mini Graduasi 2015

Thursday, November 26, 2015


Assalamualaikum!


Minggu lepas adalah minggu yang paling bizi buat ibu! Keje tu dah tentula kan, then dalam minggu yang sama juga kena hadir beberapa event dan tak lupa acara paling penting dalam kalendar ibu ialah Majlis Anugerah Cemerlang sekolah kakak dan Mini Graduasi sekolah tadika Mira hehe ...

Pejam celik pejam celik kakak dah habis pun darjah 2! Kejapnya masa berlalu ye sayang, kakak pun makin meninggi ibu tengok hehe ... selera makan pun alhamdulillah, dah boleh telan sayur bayam yang ibu selalu masakkan tu pun ok dah. Kalau tak 'layu' je ibu tengok badan kakak tu hehe ...




Tahun ni jugak merupakan tahun istimewa buat kakak sebab bermula tahun depan kakak dilantik jadi pengawas sekolah. Memang cita-cita kakak start masuk darjah satu nak jadi pengawas. Dan bila kakak tunjuk ibu surat tawaran perlantikan jadi pengawas sekolah, ibu tumpang gembira ... :)

Hari tu ibu datang ngan ayah. Tahun sebelumnya kan ayah takda sebab outstation. So, tahun ni ayah berkesempatan tengok anak dia naik atas pentas terima anugerah. Mira je takda, sebab time ni ada jamuan akhir kat tadika dia hehe ... makin bambam adik awak tu! :p






Kakak bukan sekadar naik atas pentas terima anugerah, tapi kakak juga terlibat dengan persembahan pentas pada Hari Anugerah Cemerlang tu. Sebelum tu berminggu-minggu kakak dok praktis kat sekolah dan di rumah. Siap suh ayah download lagu yang sama untuk kakak berlatih menari hehehe ....



Kakak sorang je pakai baju lain dari yang lain hehe






Gigih ibu rakam video kakak menari tau, dekat 10 minit! hehe. Tiga lagu sekali main pulak tu ...!Memang sejak di tadika lagi kakak memang aktif masuk persembahan pentas ni. Ada sekali tu, kakak jadi ketua menari atas pentas untuk adik-adik tadika umur 4 tahun ... hehehe. Ye la, budak-budak kecik menari ada yang berterabur, so kakak menari kt depan diaorang dok ikut la... baru nampak comel sikit hehehe ....

Tiba masa yang dinantikan ....






Alhamdulillah kakak dapat anugerah subjek terbaik dalam BM (Penulisan). Walaupun tak dapat top 3, tapi ibu tetap berbangga dengan pencapaian kakak. Harap tahun depan kakak akan lebih bersemangat dan bermotivasi untuk pergi ke sekolah... ok ;)




Hari Sabtunya, kita ke Majlis Mini Graduasi tadika adik pulak. Lepas Subuh, tayar kereta dah bergolek ke PJ. Tapi sebelum tu, singgah Subang jap amik kasut ayah pastu patah balik ke PJ .... grrrrr hahaha.

Majlis start jam 9 lebih macam tu. Time ni ramai ibubapa yang dah mula membanjiri kawasan Sekolah Menengah Taman Medan. Gerai-gerai makanan paling menjadi tumpuan ibubapa dan kanak-kanak sementara menunggu kehadiran VIP.







Matahari baru naik ...



Ibu paling 'lemah' kalau dengar orang berucap. Kebanyakan yang berucap ni suka cakap panjang-panjang pastu melalut-lalut je bunyinya hehe...

Bosan punya pasal ... baik ibu pergi cari Mira yang sedang bersiap-siap dengan rakan lain untuk penyampaian hadiah dan sijil.




Budak depan Mira ni namanya Ervin. Mira cakap Ervin suka ngusik Mira di sekolah .... hehe. "Mira tak bolehhhh ...". tu la Ervin selalu cakap kalau Mira nak sapu kelas haha. Haipppp .. tangan tuuuuu! :p



Kemain cermin mata kawan awak di sebelah tu ye dik hahaha!



Macam tangga pulak dah ni ... hahaha :D

 



Pantang cikgu ajak berselfie!



Ibu & Mira



Ada satu kejadian yang 'mencacatkan' sedikit kelancaran majlis pada hari tu. Perkara begini memang biasa berlaku di mana-mana majlis sekolah anak kot, atau barangkali ibubapa di Malaysia ni kebanyakannya (bukan semua ye) masih tidak menunjukkan kematangan yang sepatutnya apabila menghadiri majlis sebegini.

Ketika penyampaian hadiah dan sijil pada kanak-kanak, time ni lah ramai ibubapa mula memenuhi ruang depan sambil berdiri untuk mengambil gambar anak masing-masing. Nak ambil gambar anak tu tak salah, tapi keadaan ini telah menyebabkan orang yang tak berkenaan, takda sebab musabab pun turut sama 'menempel' di depan sehingga menghalang pandangan ibubapa lain yang duduk di kerusi belakang!



Tengok! Grrrrr .....


Makin lama makin ramai dan ramai yang 'menyemak' di depan!


Sedikit pesanan pada ibubapa yang mungkin akan berada di majlis sebegini pada masa akan datang. Nak ambil gambar anak atas pentas tu tak salah, ambil lah ... tapi dah ambil tu tolong lah pergi ke tempat duduk semula dan beri laluan pada ibubapa lain yang nak ambil gambar anak diaorang pulak. Anak korang dah habis giliran kot ... dah kuar barisan pun, yang korang masih tercongok di situ dah kenapeeeee?????

Yang tak berkenaan tu pun, cubalah faham keadaan orang lain yang duduk di belakang. Janganlah hanya nak puaskan mata sendiri sehingga tak hirau tentang orang lain di belakang ni! Kalau macam ni la gayanya, next time apa-apa majlis anak baik lah toksah ada kerusi bagai! Biar semua ibubapa pakat berdiri tengok anak masing-masing dari awal sampai habis. Ni bila dah diberi kerusi, gatal pungkok pulak nak pergi ke depan konon nak tengok dekat dekat... haihhh tolonglaaaaaaaa ubah sikit perangai tu!




Bila takda yang menegur, perangai masing-masing makin teruk pulak! Dari berdiri belakang kerusi VIP, diaorang ni beralih pulak duduk dan berdiri di tepi pentas ... tau-tau je dah duduk kat tangga pentas! Wak luuuuuuuuu sangat punya perangai ni! Sekali ada pegawai bertugas tu sound direct kat diaorang ni, barulah masing-masing buat muka malu beredar dari pentas tu.

Haihh ... buat malu kaum je la!




Tahniah Mira! Berjaya juga menghabiskan sesi tadika selama 3 tahun hehe. Walaupun bertukar tadika sejak tahun lepas, insyaAllah Mira boleh lakukannya untuk darjah satu tahun depan. Lepas ni, pergi sekolah baik-baik ngan kakak ye sayang ....





Besar dah anak ibu ni, tahun depan dah sama sekolah ngan kakak. Moga kakak dan adik akan terus bersemangat untuk belajar dan menimba ilmu. Harap kakak boleh bimbing adik nanti di sekolah dan adik bersedia untuk menghadapi alam persekolahan yang baru nanti.

Kejap je dah 7 tahun ... huhu :D

You Might Also Like

1 pengomen comel

  1. tahun depan 2 anak dara hanim skola rendah ekk?
    alhamdulillah :)
    tahniah kpd kakak2 berdua ye.
    moga terus cemerlang tau.

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM