Ibu Bagi 5 Bintang!

Tuesday, November 17, 2015


Assalamualaikum!




Rasa nak lompat bintang je bila tengok anak-anak sendiri dah pandai makan sayur hahaa! Sebelum ni diaorang memang cukup payah nak telan 'benda' warna hijau tu. Sampai 'berperang' ibu ngan anak kalau si ibu suruh anak makan sayur. Kalau masak, aku ngan ayahnya je la yang makan pun ... yang dua beradik tu pandang pun tidak!

Bukan tak diajar, bukan tak digalakkan ... malah kami berdua selalu tunjuk sayur depan diaorang. Kunyah kunyah pastu buat muka 'sedap' ... hahaha. Bila diaorang tanya, "sedap ke bu?" ...eh sedap la sayur ni. Dah la sedap, sihat pulak tu ... ! Tapi, harommmm tak laku ... 'iklan' tak menjadi hahaha!


Tambah Mira, kalau kita tengah memasak di dapur dia datang mesti dengan satu soalan .... "bu, ibu masak sayur ke? taknak la makan ..!". Lagi satu, Mira cukup pantang tengok ada bawang dalam lauk. Kalau dia nampak ... memang takkan disentuhnya makanan tu! Sebab tu kalau goreng spaghetti atau makaroni, aku suka cincang halus bawang putih tu ... takmo bagi dia perasan hahaha!




Kelmarin, aku masakkan diaorang lauk ni. Ini kali kedua kakak dan adik request lauk yang sama. 

"Bu ... nanti masak lagi sayur bayam tu"

Aikkk ... macam tak percaya je apa yang aku dengar ni! Tetiba anak-anak request lagi sayur bayam??? Haaaaaa itu yang ibu rasa macam nak lompat bintang tu .... hehehe

Alkisahnya, minggu sebelumnya aku nekad masakkan diaorang sup sayur bayam. Apa pun yang terjadi kakak dan adik mesti makan sayur! Kakak dah tunjuk muka redha dah ... mungkin dia faham, sebelum ni puas ibu membebel kebaikan sayur tapi cakap baik takmo dengar hahaha.

Yang adik memberontak! Protes habis ... siap cakap taknak makan apa-apa! Takpe ... aku masakkan jugak la sup sayur bayam tu. Si Mira dah mencebik di sofa ....

"Meh sini, ibu suapkan sayang ...."




Cakap nak suapkan baru dia perlahan-lahan duduk di sebelah. Itu pun muka cuak giler sebab tengok ibu dah cedok sayur bayam letak dalam pinggan dia hahaha

Sambil nak makan tu, siap ada mukadimah lagi ..."kita makan sayur sikit je sayang ye, ibu campurkan ikan dengan telur goreng. Ibu gaul dengan nasi ... nyummm sedap ni" Haaa gitulah kalau anak-anak baru nak belajar makan sayur hahaha ...  kena ada dialog manja-manja sikit pastu buat bunyi sikit pastu baru suap hehehe :D




Yang kakak takda masalah alhamdulillah. Walaupun sebelum ni dia pun liat nak makan sayur hijau, tapi bila makan sekali ... "sedap la bu sayur bayam ni!" Haaaaaa baru tau ke anakku ... ibu cakap sedap tak percaya hahaha .... 

Gitu laaaa ... diusia kakak 8 tahun dan adik 6 tahun, boleh dah terima sayur hijau dan sayur pertama yang diaorang makan ialah bayam! Bagi orang lain, ini benda kecik je ... tapi inilah saat dan hari yang membahagiakan bagi seorang ibu yang berusaha keras selama ni nak bagi anak-anak dia makan sayur supaya badan sihat dan cergas! hehe 


You Might Also Like

9 pengomen comel

  1. Bagus tu Hanim..
    Memang kena sabar nak didik anak makan sayur..
    Akak selalu tanya dorang nak makan sayur apa..
    Jadi kita masakan sayur kegemaran mereka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kak, anim tak sempat tanya diaorang dah blacklist sayur kak ... tapi dulu la. Sekarang, hari-hari tanya bila ibu nak masak lagi sup sayur bayam tu hehe :D

      Delete
    2. Untungla... anak2 sy tetap memilih x mau makan sayur

      Delete
    3. takpe sis, insyaAllah nanti diaorang akan makan jugak sayur. Anim pun hampir give up jugak ... sebab dulu diaorang berkeras takmo makan. Cuma kali ni, alhamdulillah dah terbuka pintu hati gituuu hehehe. Tapi memang kena banyak sabar ... mula-mula je susah, once dah masuk mulut insyaAllah sedap la tu hehe

      Delete
  2. Seronok kan bila tengok anak mahu makan..
    Sha cuma berjaya bagi anak makan sayur bila buat nasi goreng..
    Tu pun dah syukur.. hehehe..

    ReplyDelete
  3. hehehe.. akhirnya.. AHlam pn baru jer makan segala sayur2 nih... dulu haram xusik.. hehehe

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah... diorang memang terbaik la.
    anak2 aida dari kecik aida paksa diorang makan sayur.
    suka ke tak suka ke makan aje! ha ha ha...

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM