Misi Perabih Baucar!

Friday, November 13, 2015


Assalamualaikum!




Ternganga mulut tengok budak yang lebih kecil dari Mira selamba hayun badan meluncur dengan kasut ice-skating huhu.

Seawal jam 9.30am kami dah 'berkampung' di Sunway Pyramid minggu lepas. Misi yang utama, nak kasi perabih baucar yang aku dapat dari satu event tak lama dulu. Sebelum tarikhnya luput, baiklah kita menebus apa yang patut.

Lama dah simpan baucar ni, hajat nak pergi ke Sunway Pyramid asyik tak tercapai aje dek kerana kekangan masa dan jalan ke sana yang sentiasa jem! So, time cuti Deepavali hari tu la kami amik kesempatan untuk gagahkan jugak pergi ke sana. Ayahnya kata, kalau nak pergi jugak kena keluar pagi-pagi untuk elakkan jem. Kalau dah tengahari baru nak sampai sana, memang takkan sampai la jawabnya. 'Serabut' tengok orang ramai ...!





Sampai awal ... kedai banyak tak bukak lagi, tak tau nak lepak mana haha. Last-last kami duduk je atas lantai pandang ke bawah tengok orang berice-skating.

Kedai yang kami nak terjah .. tu yang warna merah hehe



Memula nak amik kasut ... amboiii berangan sungguh ko Nim! Hajat nak kasi hadiah ke ayahnya, takpela kita tak belanja pakai duit, pakai baucar pun boleh hehehe. Tapi bila tengok harga kasutnya ... mak aiiii! hahaha ... tak jadi amik kasut :p

Dari awal kedai tu bukak kedai, dekat 30 minit rasanya kami 'berbalah' kat dalam tu. Aku nak ayahnya pilih barang yang dia nak, ayahnya pulak nak aku amik barang yang aku suka. Pusing dalam kedai, dialog tu je la yang keluar hahaha ....

Last-last, kami capai kata sepakat untuk pilih barang yang kami berdua boleh guna sama-sama. Senang cerita, bag-pack di atas ni la kami pilih. Harga asal RM109, diskaun 20% ... ok sangat-sangat!





Baki baucar dok ada lagi RM12.80, terus ayahnya rembat 3 pasang stokin PUMA dengan harga RM29. Tambah sikit je la ....




Yeaaaa alhamdulillah, lega hati dapat tebus baucar PUMA akhirnya. Syukur rezeki dari blog, apa yang kita dapat haruslah dikongsi bersama ye tak. Terima kasih pada PR tu hehe.

Setel baucar PUMA, tinggal lagi baucar makan je yang belum ditebus hehe. Yang tu tak tau la bila nak perginya lagi huhu. Ada pro dan kontranya kalau dapat baucar ni, kalau berbaloi aku tak kisah. Cuma sebelum ni, aku dapat baucar Jovian Mandagie, rasa tak berbaloi sangat sebab T&C dia. Sampai sekarang baucar 4 keping baucar RM60 tu 'terbangai' macam tu je atas meja huhu ...





Simple reward untuk aku dan ayahnya .... syukur alhamdulillah :)

Oh, anak-anak pun dapat reward jugak hari tu tapi dari ayahnya la hehe. Yang kakak dapat buku komik Lawak Kampus, yang adik dapat sepasang kasut merah bertatahkan batu kilat-kilat hehehe. 


You Might Also Like

6 pengomen comel

  1. bab ni kan yang paling disukai..seronoknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha bab belanja siapa tak seronok kan kak ...:D

      Delete
  2. Bestnyaaa kak.. Lama tak berice skate

    ReplyDelete
  3. Part nie yang paling best..
    Tahniah ye..

    ReplyDelete
  4. best nyer.
    guna vocer, byr skit aje.
    berbaloi la tu :) bertuah!

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM