Pelangi Senja

Monday, November 09, 2015


Assalamualaikum!


Bukan selalu dapat tengok pelangi secara live kan! Rezeki kami tiga beranak petang tu, sambil menikmati angin petang lepas hujan. Alhamdulillah sempat aku amik gambar pelangi hari tu, buat kenang-kenangan sebab seumur hidup tak pernah amik lagi gambar pelangi lagi hahaha ....



Sebelum aku tunjuk gambar pelangi senja, aku nak cerita sikit pasal petang kejadian hehe. Lepas hujan lebat dari tengahari, kami turun bawah dengan raket masing-masing. Nak bawa diaorang gi main kat taman permainan, kaki ni terasa malas la pulak nak berjalan jauh hehe.

So, kami layan je la badminton kat 'padang' tempat letak kereta. Bukan ape ... melayankan gian kakak yang nak sangat main badminton. Tapi, disebabkan dah berminggu tak main petang tu nampak dia kekok sikit nak pukul bola. So, suh dia lambung bola tangkis 50 kali dulu baru leh layan game dengan coach hehehe.




Si kenit ni? Hurmm ... dia pukul bola reti dah. Cuma nak membalas balik pukulan tu, belum pukul dia dah bantai gelak! hahaha. Entah apa yang kelakar gamaknya .. tapi secara keseluruhannya Mira dah ada peningkatan sikit dalam sukan badminton ni ...chewaahhhh! hehehe ...

Ok, ok ... so nak tengok pelangi senja tak? Jangan lupa ucap Subhanallah .... 





Betul-betul tepi blok aku dia muncul .... subhanallah cantik sungguh bila melihat pelangi di depan mata! Terus tak jadi nak main badminton dah. Masing-masing mendongak ke langit menyaksikan kejadian alam ciptaan Tuhan Sekelian Alam ....

Sebelum pelangi muncul, hujan turun jugak petang tu tapi renyai-renyai je so kami main jugakla badminton. Tak sangka lepas tu, pelangi senja muncul .... 

Hurmm tak puas tengok gambar je kan .... ?






Subhanallah .... Subhanallah ... Subhanallah ...jadikan kami antara hambaMu yang tahu mensyukuri segala nikmat yang Engkau berikan, dan jangan jadikan kami antara hambaMu yang sombong dan alpa dengan membuat kerosakan dibumiMu ini Ya Allah .... aaminn


You Might Also Like

4 pengomen comel

  1. hari tu pun nampak pelangi tapi tak sempat nak capture sebab busy memandu... :-P...

    ReplyDelete
  2. Subhanallah.. Cantiknyaa.. Lissa pun suka pelangi :D

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM