Penting Ke Bahasa Arab?

Wednesday, November 11, 2015


Assalamualaikum!


Bila kakak masuk darjah satu dan Bahasa Arab termasuk dalam subjek matapelajaran yang wajib diambil, ibu akui ibu agak gelisah pada mulanya. Jujur, ibu bukanlah seorang yang mahir dalam Bahasa Arab ni. Kalau subjek Matematik, Bahasa Melayu, Tulisan Jawi dan lain-lain tu insyaAllah ibu sedia membantu .... tapi Bahasa Arab .... ibu akui kelemahan besar ibu di situ ....

Tapi, alhamdulillah walaupun ibu dan ayah bukanlah tempat rujukan yang sempurna untuk subjek Bahasa Arab, kakak tidak pernah menunjukkan rasa beban mempelajarinya di sekolah mahupun ketika menyiapkan kerja sekolah di rumah.

Sebaliknya, kakak pula yang jadi 'cikgu' dan mengajarkan ibu nama-nama dalam Bahasa Arab! Time ulangkaji, kakak akan bawa buku kerja Bahasa Arab dan duduk di depan ibu sambil sebutkan sesuatu perkataan tu beserta maknanya sekali. Secara tak langsung, ibu pun terjebak sama belajar Bahasa Arab dari kakak hehe ...

Tiada paksaan untuk anak-anak belajar Bahasa Arab sebenarnya. Kepentingannya sama saja seperti matapelajaran lain, seperti Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina. Tapi bagi ibu, bukanlah ia patut dilihat dari sudut kepentingan menguasai bahasanya saja, tapi sejauh mana anak-anak ibu boleh belajar mencintai bahasa pertuturan Nabi junjungan kita, Nabi s.a.w ...




Jangan kerana ibu dan ayah tak tahu Bahasa Arab, anak-anak ikut sama tak mo belajar. Selagi boleh belajar, belajarlah. Takkan pernah merugikan pun .. malah mana tahu anak-anak kita boleh score dalam matapelajaran Bahasa Arab. Jangan sesekali pandang rendah pada subjek ini, hanya kerana kita tidak menuturkannya seperti Bahasa Inggeris dan bahasa lain setiap hari. Walaupun ia tiada kepentingan dari sudut kehidupan seharian, tapi ia menjadi satu kelebihan untuk sesiapa yang menguasainya...insyaAllah!

Sekarang ni, ibu tengah dalam proses nak mengajar Mira mencintai Bahasa Arab. Memang dia agak 'berat' nak terima pelajaran baru ni pada mulanya, tapi takpe sayang ... perlahan-lahan kita kayuh k. Macam malam tu, ibu ajar Mira nombor 1 sampai 10 dalam Bahasa Arab, alhamdulillah walaupun terlupa sikit-sikit tapi lancar juga dia menyebutnya, cuma ada masa dia .....






.... lain ajar sebut, lain yang keluar bunyinya hahaha....


You Might Also Like

6 pengomen comel

  1. kalau tanye akak ,confirm failed bahasa arab ni

    ReplyDelete
  2. bagi Fidah..penting jugak..Sekurang2nya kuasai basic dulu..Fida pun tahu sikit2 bahasa Arab sebab masa form 1-3..Fida belajar kelas bahasa arab.

    ReplyDelete
  3. I pun tak pandai bahasa arab, memang tak dapat nak bantu ajar anak anak dirumah huhu

    ReplyDelete
  4. Kena belajar utk bersaing..penting ikut situasi .. pada pendapat saya la

    ReplyDelete
  5. Sha pun x pandai bahasa arab.. Kena belajar sama nie dengan si kakak..

    ReplyDelete
  6. untung anak2 zaman skang ni.
    dpt ilmu arabic sejak kecik-kecik lagi.
    aida ni ada la skit basic arabic.
    dok uia 6 thn alhamdulillah, boleh la skit skit ajar anak.
    mcm ulangkaji gitu :) hi hi

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM