Serius ... Jadual Mandi??

Monday, November 02, 2015


Assalamualaikum!


Serius?? ...Like serius betul-betul serius?? hahaha ...

Yeah ... betul la tu. Aku pun serius tergamam ... bila kakak tunjukkan jadual ni minggu lepas! Patutlah sejak seminggu lepas, bangun pagi masing-masing dah tahu siapa patut pergi mandi dulu ... bhahahaha!

Oh my ... budak-budak zaman sekarang memang sistematik sangat kannn! Nak mandi pun kena berjadual bagai. Tapi kalau berebut mainan .. takda sistematik pulak hahaha! Haihhh ....



Selalunya kan, diaorang akan tetapkan siapa patut duduk ngan ibu dalam kete pagi ni atau petang nanti. Atau diaorang akan tentukan siapa patut tido sebelah ibu malam ni dan malam esoknya ... hahaha :p

Yup, aku selalu jadi 'rebutan' dua beradik ni. Beginilah lumrah kalau ada yang menyayangi kita kan hehehe. Terutama sekali part nak tido malam dengan part duduk dalam kete. Habis ayahnya takda peluang langsung ... hahaha!

Tapi, tak sangka la pulak ... untuk mandi pun diaorang sanggup buat jadual macam ni? Kalau ikutkan 'sistem' lama yang aku selalu buat, aku akan kejutkan kakaknya dulu atau siapa paling senang bangun bila dikejut. Tapi, lately kakaknya asyik ngelat suh adik bangun dulu haha. So, untuk mengelakkan ibu pening kepala pagi-pagi, mereka tampil dengan inisiatif ni ..... jadual mandi (*thumbsup*). Memang ibu tak tahu menahu pasal jadual ini, sehinggalah kakak tunjuk minggu lepas.

Dan alhamdulillah, sistem ini berjaya! Jadual mandi yang direka oleh kakak dan adik ni sangat memudahkan tugas ibu setiap pagi. So, sekarang ibu tak perlu marah-marah dan pening kepala lagi dah. Bagi salam dan ucapan selamat pagi, siapa patut bangun dulu, dia akan bangun sendiri. No more 'adik la bangun dulu' atau 'kakak la pulak ... asyik adik je' hehehe....

Yang menariknya, mereka sangat patuh pada jadual mandi ni! Tak boleh buat alasan lagi dah .. sebab dah ada 'hitam putih' hehehe. 

Keep it up girls! ^^


You Might Also Like

6 pengomen comel

  1. hehehe. hebat la budak-budak sekarang. Tak pernah pun terfikir. Siap ada jadual untuk mandi ya. hehehhe. Hebat!

    ReplyDelete
  2. Hehe bagus2....bijak betul budak zaman sekarang ni, senang hati ibu...

    ReplyDelete
  3. hahah comel nyaa.. mandi pun ada jadual :D

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. Bagus kakak dan adik bertolak ansur..
    Sistematik sungguh.. Keep it up ye..

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM