Tahniah Kakak!

Wednesday, November 04, 2015


Assalamualaikum!


Masuk dua hari aku kena selsema. Cuba untuk bertahan sehingga ke hari ini tanpa sebarang ubat. Nak try test sejauh mana ketinggian tahap antibodi dalam badan aku ni hehe. Bukan sengaja nak menyeksa diri, cuma aku tak berapa suka makan ubat. Selagi aku boleh bertahan sendiri, aku akan tahan....

Masih terbayang berserinya wajah si sulungku petang semalam ... 

"Buu ... kakak ada surat dari sekolah ...."

Dihulurnya kertas tu. Dengan mukaku mendongak ke atas sambil mata tertutup dan tuala basah menutupi hidung basahku, kertas putih bertulis itu aku baca perlahan-lahan ...




"Alhamdulillah ... tahniah kak"

Tercapai juga impian kakak nak jadi pengawas sekolah. Sebenarnya, dari darjah satu lagi dia dah kabor yang dia nak jadi pengawas, tapi time tu darjah satu dan dua takleh jadi pengawas lagi hehe.

Awal tahun ....

"Kalau kakak tak dapat jadi pengawas ... kakak nak jadi ape?"

"Ermm ... kakak nak jadi ketua kelas je la"

Boleh la ... hehe. Tapi jujur, sebagai ibu aku risau juga bila kakak meletakkan harapan yang tinggi untuk menggalas tanggungjawab baru ini nanti. Bukan tak yakin dengan dia .... tapi macam mana besarnya cabaran jadi ketua kelas tu, lagi besarlah nanti cabaran jadi pengawas. 

Apapun, sebagai ibu aku tumpang gembira cita-cita dia nak jadi pengawas tercapai. Tahniah sekali lagi ye kak ... moga kakak berjaya lepasi tempoh percubaan nanti... 


Salam sayang,

Ibu yang masih dilanda selsema ...


You Might Also Like

11 pengomen comel

  1. Tahniah... Dulu anti pun bercita2 nak jadi pengawas.. tp sampai percubaan ajer..tp x lepas

    ReplyDelete
  2. tahniah kakak
    misti kakak sangat behave kat sekolah ni
    sebab tuh cikgu pilih dia ...caiyoook kakak

    ReplyDelete
  3. wahh.. tahniahh kakak.. hehe ingat zaman sekolah dulu Lissa pun jadi pengawas :D

    ReplyDelete
  4. ibu selsema ke ibu sebak tu..nah tisu ibuuu hihihihi..tahniahh kakak!

    ReplyDelete
  5. tahniah kakak!!..moga jadi srikandi pemimpin negara kelak ..ikhls dr auntie Sal..

    ReplyDelete
  6. tahniah kakak.. eh akak Ahlam pn dulu zamn sekolah jadi pengawas jgk.. hehehe n sis moga cepat2 sembuh...

    ReplyDelete
  7. wahh tahniah,,, teringat waktu sekolah dulu.. satu geng dulu semua pegawas..hihi

    ReplyDelete
  8. tahniahh kakak .hihihi.belajar rajin-rajin yee :)

    ReplyDelete
  9. kita pengawas library je,sebab suka baca buku dan tido dalam library hahahhaha...tak minat jd pengawas sekolah banyak keje hahahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. huh .... dah agak dah makcik sue memang suka makan dan tido hahahaha :D

      Delete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM