Tak Suka Bila Ini Berlaku!

Friday, November 27, 2015


Assalamualaikum!


Sejak aku memenanginya dalam peraduan anjuran Yeo's tahun 2014, inilah satu-satunya 'kamera' aku yang paling canggih aku gunakan dalam dunia blogging! Mana event aku pergi, inilah 'kamera' aku bawa ke hulu ke hilir ....

Bukan tu saje, iPad ni jugaklah 'tempat' kakak dan adik melepas rindu setelah berhari-hari mengadap buku hehe. 

Tapi sekarang ....




Arghhh ... stres pulak nengoknya! Sensitif rupanya kabel iPad ni, member pun kabor memang kena jaga-jaga, kalau rosak memang payah la nak cari penggantinya. Dia bukan macam android, boleh guna mana-mana kabel charger.

Jenuh aku nak transfer gambar-gambar event dari dalam iPad ke pc haritu. Sejam lebih aku tercongok depan pc 'makan hati'. Siap WhatsApp ke Pak Jelan macam mana nak buat ni, kabel iPad tak berfungsi! Pastu dia cakap,"adjust la sikit kabel tu ... kasi goyang goyang sikit", pas beberapa ketika baru boleh! hehehe. Cepat-cepat aku 'sedut' semua gambar event dari dalam iPad masuk ke folder khas di pc. Fuh .... selamat!

Balik umah, suami tunjuk ni ....




Kabel iPad yang baru! wowwweeeeeeeee ... berbunga bunga rasa hatiku bila tengok benda ni hehe. Lupa pulak mana dia beli kabel iPad ni, tapi yang aku ingat harga dia RM17! Perghh ... tak padan yang pendek dan kecil! Tapi Pak Jelan cakap, memang barang iPad mahal pun ... tapi yang ni special sikit, boleh guna untuk iPad dan android sekali ... wowww!

Takpela, pendek pun pendek la janji boleh charge iPad dan paling penting aku boleh pindah keluar gambar-gambar untuk mana-mana event aku seterusnya, memudahkan keje blogging aku. Inilah satu-satunya 'kamera' yang aku ada .... buat masa ni. Harap dapat bertahan lama la ye ... hukhuk

You Might Also Like

3 pengomen comel

  1. alhamdulillah..nasib baik pak jelan memahami isterinya...

    ReplyDelete
  2. memang orang lagi prefer pakai cable yang wayar nipis tu.. lagi tahan lama dorang kata :D

    ReplyDelete
  3. Tak pernah pakai... Tak tahu kbel lain selain untuk android...

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM