Time Kakak UPSR Nanti ...

Tuesday, November 17, 2015


Assalamualaikum!


Ok, sebenarnya sebelum UPSR pun ibu dah ada perasaan macam ni. Tipulah kalau ibu rasa tak gementar time kakak amik exam. Tipulah kalau ibu cakap ibu senyum je time semak keputusan peperiksaan kakak secara online. Tipulah kalau ibu kata ibu tak kisah apapun keputusan peperiksaan kakak. Tipulah blablablabla .....

Hakikatnya, ibu kisah ... 

Ibu tak tau la orang lain, tapi kalau time kakak exam sekolah biasa pun ibu dah gementar dupdapdupdap ... tak tau la kisahnya nanti kalau kakak amik UPSR ...

Ibu tau ibu tak sepatutnya 'tekan' kakak macam tu. Sebab tu ibu buat entri ni, supaya nanti 4 tahun akan datang kalau kakak amik UPSR (kalau ada lagi la UPSR tu), dan ibu 'tekan' kakak lagi, moga Allah bukakan pintu ibu untuk baca balik entri ni dan moga ibu cepat sedar akan kesilapan ibu selama ini. Eh, boleh ke macam tu ... hehehe ... 

Sehingga setakat kakak darjah dua tahun ini, takda satu masa pun yang ibu tak neves bila cakap pasal peperiksaan. Jujur, ibu memang ambil berat tentang peperiksaan sekolah kakak. Yup, mungkin orang lain akan anggap ibu adalah seorang ibu tipikal yang lebih pentingkan markah peperiksaan berbanding perkara lain. Hurmm .... 

Ibu cuba untuk lebih relaks bila bercakap tentang peperiksaan dengan kakak. Banyak kali ibu cuba untuk tidak 'tekan' atau seksa kakak dengan soalan,"boleh jawab exam tadi? agak-agak boleh dapat full marks tak nanti?" ... choiii sangat tanya anak macam tu kan! Macam la ko tu pernah dapat markah penuh time sekolah dulu .... haha! So, pengajaran besar untuk ibu hari ini ... JANGAN .. JANGAN PERNAH LAGI TANYA ANAK SOALAN SEUMPAMA ITU ...!




Ibu tahu kakak jenis ikut style ayah kalau belajar. Style ayah ... buka buku (ibu perhati masa ayah nak amik exam naik pangkat dulu) hanya 15 minit je! Entah apa dibelek, apa dibaca .. kita pun pening mikirnya hehehe. Tapi, memang ada orang pesen gitu ... tak boleh ngadap buku lama-lama, cukup 10 minit tutup dah. Tapi, time exam boleh jawab .... haaaa gitulah ayah awak huhu ....

Time ibu UPSR dulu, keputusan ibu tak berapa memberangsangkan. Takda A pun ... balik umah habis kena bebel dengan Atok hehehe. Mungkin sebab tu ibu tersenyum sorang bila tengok ibu-ibu lain share gambar anak-anak diaorang dapat 5A. Berkongsi kegembiraan anak masing-masing, mudah-mudahan jadi pembakar semangat untuk anak sendiri nanti. Tapi, ibu tahu ibu tak boleh expect kakak untuk jadi seperti diaorang. Ibu tak boleh streskan diri ibu, dan terutamanya diri kakak dengan bebanan 'A' yang belum tentu dapat menjamin masa depan dan kehidupan kakak bila dah dewasa nanti.

Apa yang ibu harapkan, kakak dan adik dapat manfaat dari ilmu yang dipelajari. Ibu sedar, tekanan untuk berjaya dalam peperiksaan tidak bagus untuk anak-anak ibu. Yang penting, kakak dan adik ada minat untuk belajar dan terus belajar. Selain itu, doa ibu ... kakak dan adik jadi anak-anak solehah dan ada ilmu tentang agama dan pandai mengaji. Cabaran hidup di akhir zaman, ilmu saja ada tak memadai kalau tak disertai dengan iman. Tambah anak perempuan ...serba serbi nak kena jaga weh! So, harap kakak dan adik faham kenapa ibu hari-hari suruh kakak dan adik solat dan mengaji al-Quran walaupun umur masih kecik ....

Ok ibu ... no more stress stress ye hehe :D

You Might Also Like

7 pengomen comel

  1. Jangan stress-stress ye ibu..
    Biasalah tu.. Bila anak periksa ibu yang gementar lebih.. hehehe..

    ReplyDelete
  2. semua mak aayah risau..tapi kena juga letak kan kepercayaan pada ank2 tu..bila kita percaya anak boleh buat tak la kita stress..:)

    ReplyDelete
  3. inshaAllah kakak akan brjaya... kak Ahlam pn masa UPSR dulu ada 1A jer.. tapi skrg dkt u.. hehehe mak ayah xpenah nak paksa blajar tapi diorg selalu pesan klu xbelajar nanti besar nak jadi apa...huhuhu

    ReplyDelete
  4. a'ah kan. penuh timeline fb aida dgn si ibu post pasal anak nyer dpt 5a.
    hu hu hu stress ibu ni hah.
    next 2 years aida plak nak hadap hari ni hu hu hu...
    sgt stress!

    ReplyDelete
  5. Kita just bagi galakkan ajer.. jangan push sangat..tkt anak2 rasa terbeban.. Insyallah... Doa kita ibu2 sentiasa mengiringi mereka..semoga terus berjaya dia masa akan datang

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM