Tuesday, December 01, 2015

# Kenit Review # Makanan

Sambal Hebi


Assalamualaikum!


Inilah kali pertama aku dengar istilah Sambal Hebi. Sebelum ni tau sambal je hehe, korang pernah dengar tak? Kalau pernah korang memang terer! Kalau tak pernah, maka kita 'sekapal' heeee. 

Makan kalau takda lauk sambal takda la kick la kata orang. So, memang dah sinonim la sambal dalam masyarakat kita kan. Tapi, sambal hebi memang satu benda yang baru bagi aku sebab sebelum ni tak pernah terjumpa lagi atau barangkali istilah yang digunakannya mungkin berbeza, bukan sambal hebi.

Sambal Hebi ni rupanya berasal dari Indonesia ye. Kalau salah tolong betulkan tapi inilah yang aku dapat bila cari kat google. Dalam bahasa masyarakat Melayu, senang citer panggil sambal udang kering.



So, nak dijadikan cerita Pak Jelan tunjukkan sebalang sambal hebi ni kat aku minggu lepas. Tercengang jugak la,"sambal hebi...?? mana dapat ni?". Pak Jelan cakap tuan rumah bagi sempena anak dia bertunang hari tu. Sebenarnya kakak kepada tuan rumah sebab dia memang chef dan tukang masak untuk kenduri hari tu.

Cantikkan packaging dia? Simple tapi menarik! Rasa tak tau lagi la ... tu yang tak sabar nak bawa balik rumah dan bereksperimen di dapur tu hehe.




Sambal hebi ni jenis kering tau, boleh digunakan dalam apa jua masakan. Nak tabur terus atas nasi panas panas pun sodap! Tapi tahap kepedasan dia aku tak pasti lagi, so malam tadi aku try tabur atas spaghetti carbonara yang aku sediakan untuk makan malam sekeluarga.

Kakak dan adik tengok cili je, terus geleng kepala hahaha. Takpe ... ini makanan orang dewasa, kanak-kanak sila makan ngan kuah carbonara tu je ye :p

Dan rasanya? Perghhh .... kesedapan hingga menambah-nambah lagi! Mujur spaghetti carbonara je, takda la rasa bersalah sangat nak menambah kan ahahaha! Serius, sambal hebi by maqchef ni memang mantop ar! lengkap serba serbi dengan cukup garingnya, rasa dan kepedasannya. Aku ni dah la kemaruk nak makan sambal atau benda-benda pedas, so kehadiran sambal hebi ni memang tepat pada masanya! 

Kalau korang nak tau atau teringin nak cuba sambal hebi ni, just pergi search @maqchef di Instagram.... 

Untuk makan malam yang simple tapi enak dan sambal hebi yang mantop, saya bagi sepuluh bintanggg! ;) *thumbsup*



2 comments:

Apa kata korang?