Tak Bisa Ku Tahan-tahan Lagi ...

Friday, December 18, 2015


Assalamualaikum!


Dapat gaji semalam terus kucapai yang ni dulu! Lama dah berhajat nak beli, tapi asyik tak kesampaian je lagi masa tu. Tapi semalam, aku nekad order dari sahabat fb yang juga pengusaha keropok lekor. Boleh jugak buat snek mengunyah di tengah malam atau bila terasa kelaparan. Lagipun, sekarang aku nak kurangkan tabiat makan nasi tengah malam ... terasa semakin buncit perut ni walaupun penampakan dari sisinya tidak 'berlapis' muehehehe ....



Mengidam bukan sebarang mengidam weh. Mengidam orang takda 'isi' dengan orang ada 'isi' ni lain tau ... ekekeke. Mujurla aku ni sekadar mengidam kepok lekor sepuluh ringgit, kalau aku mengidam lobster masak lemak cili api? Tak ke rabak poket tok laki ... hahaha :p

Dan ni bukan kali pertama aku order kepok lekor dengan sahabat aku tu, sebelum ni pun aku ada cerita dalam blog akan kesedapan dan keenakan Kepok Lekor Khalifah. Memang kena dengan tekak dan selera kami sekeluarga. Tu yang aku berani repeat order dengan dia tu hehe ....

Tapi sehingga kini aku masih belum sempat menggoreng dan makan kepok lekor ni. Petang semalam tok laki ajak makan burger Ramly pastu malamnya gi jenjalan kat kedai bundle pastu singgah kat G-Village yang baru dibuka di kawasan perumahan kami. Balik umah semua dah terbongkang tak larat nak masuk dapur dah huhu....


You Might Also Like

4 pengomen comel

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM