Cuti Thaipusam - Part 1

Friday, January 29, 2016


Assalamualaikum!


Ambik mood nak menaip entri 'percutian singkat' empat beranak di kampung halaman hehe. Kali ni malas nak taip panjang-panjang .. tengok gambar pun dah kembali rindu-rinduan, apatah lagi aku nak bercerita tentang hari tu huhu ...




'Kawan' baru Mira ... si comel hehe


Banyak yang dah berubah kat kampung. Antaranya, aku bangun pagi keluar rumah dah takda bau sepoi-sepoi haruman semulajadi dari kandang lembu sebelah hehe. Lembu pun dah tak nampak batang hidungnya huhu ...

Bangun pagi Sabtu, si Mira dah dapat 'kawan' baru, si comel. Suka hati je dia bagi nama kat anak kucing tu hahaha. Anak kucing ni kepunyaan jiran depan umah tapi manja giler ngan kami. Dah la kecik kiut ... manja pulak tu! Kalau dua beradik ni jumpa memang pakat berebut siapa nak pegang dulu!




Ayam oh ayam ... rindukah ko sama aku? hehe 


Makin sihat aku tengok ayam-ayam mak ni. Maklumla, makan ikut jadual gitu! Pagi makan lain, tengahari masak lain, petang melantak lain haha ... masak?? iyeeee dik non ... mak kiter masak nasi untuk ayam-ayam ni. Dari sekecil-kecil anak ayam sampai ayam tua semua dapat merasa nikmat rezeki setiap hari. Mau tak gemuk! Dah gemuk ... kita kasi jual sama orang yang nak beli atau hantar di pasar hehe ....




Sarapan pagi Sabtu dimulakan dengan bismillah diikuti 4 biji telur ayam kampung segar baru lepas kutip di reban buat telur tiga suku hehehe. Taruk kicap sama lada sulah .... walllaaa! 



Pandai pulak dia posing dalam semak!



'Big Bos'


Cik supir bersama 'Big Bos' hehehe


Mujur la ko sudah bertuan wahai si kucing, kalau tak Mira dah bawa masuk dalam kereta balik KL hehehe. Dia punya tahap manja sampai rela duduk diam dalam bakul basikal haha ... 




Rutin wajib setiap kali balik kampung. Tak perlu disuruh, memang dah tahu kerja masing-masing. Pak Jelan uruskan rumput keliling rumah dan aku uruskan pembersihan kebun di belakang dan tepi rumah. Daun-daun mati semua habis aku cantas kasi clear pemandangan hehehe. Itu je lah yang boleh kami sumbangkan untuk mak dan abah ... at least, boleh tahan 2-3 minggu sebelum ia panjang balik...

Cuaca pulak memang 'menyebelahi' kami. Walaupun malam pertama tu sekali 3 biji kipas tala ke muka kami time tidur, tapi bila bangun pagi bukak pintu terus terasa dingin udara nyaman dari laut. Urmm ...




Mak pelik tengok buah kelapa ni yang berbentuk lonjong hehe. Kenapa bentuk dia lonjong yek? Terlebih baja ke atau memang bentuk dia begitu? hehehe ...




Time balik kampung, makan memang mewah! Ayam kampung mesti ada ... kalau tak mak akan paksa jugak makan hehehe. Disebabkan anak-anak dah pandai makan udang, maka uwan masak la kobis goreng letak udang sikit. Tapi kobis tu diaorang tak makan la ... haihhh


Tapi ayam KFC diaorang tak tolak! Tambah ada baucar KFC yang Pak Jelan dapat dari cabutan hadiah semasa beli air kotak di stesen minyak Shell. Dengar kata ada promosi hebat sempena CNY ni tau! Beli air kotak atau produk tertentu, korang boleh buat cabutan bertuah dan kalau cukup bertuah korang akan dapat baucar KFC dalam sampul ang pau. Pak Jelan dah banyak kali dapat baucar KFC ni, tapi ada sekali tu dia dapat coklat Snickers je hehe ...

Ok, kita sambung di Part 2 pulak ye ... banyak lagi gambar menarik untuk dikongsi. Hurmm bila tengok balik ... tak sabar nak kampung lagi! Siapa kata kampung tak best weh! ;)


You Might Also Like

2 pengomen comel

  1. seronok balik kampung..tempat kita membesar. lari sekejap dari suasana kelam kabut di bandar. No rush kat kampung.

    6 golongan yang perlukan Meal Shakes

    ReplyDelete
  2. Seronoknyaa kalau ada kampung lagi... Rindu nak main dalam semak, kutip buah2an kat dusunn.. Sobbss... Btw omeynyaaa meoww meoowwww tu

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM