Tuesday, January 05, 2016

# Cerita My Pearls # Parenting & Tips

Hari Orientasi


Assalamualaikum!


Tahun ni Mira dah bersedia untuk menempuh satu lagi alam baru iaitu alam sekolah rendah! Alhamdulillah, ibu rasa lega sikit kakak dan adik bersekolah yang sama, baik sekolah pagi mahupun sekolah petang.




Hari orientasi sekolah rendah bermula minggu lepas hari Jumaat. Memang hari yang ditunggu-tunggu Mira! Tak sabar nak tengok sekolah baru, kelas baru, kawan baru, dan cikgu baru. Paling ibu tak boleh lupa, Mira punya eksaited, sehari sebelum tu dia dah minta dipakaikan baju, kain dan tudung sekolah. Pastu posing pusing kiri kanan, tersenyum sengsorang depan cermin. Tak cukup dengan tu, dia minta kertas soalan Linus pastu duduk kat meja belajar acah-acah buat macam orang tengah amik exam dalam kelas ...alahai anak omak! :D



acah-acah serius Ustazah Hazmira :D


Walaupun dah ada pengalaman hantar anak untuk hari orientasi di sekolah, ibu tetap ada perasaan gementar bila tiba giliran Mira. Ye la ... penerimaan setiap anak tu lain, kalau boleh takmo ada 'drama' air mata di pagi hari pada hari pertama persekolahan. Tambah bila tengok kiri kanan, muka masing-masing tak kenal lagi huhu. Alhamdulillah, pendedahan kepada tadika seawal usia 4 tahun menjadi panduan buat Mira membiasakan diri dalam persekitaran baru. 

Dan, seperti yang ibu jangkakan macam mana kakak begitu teruja nak masuk darjah satu dulu, begitulah perasaan Mira pada hari pertama dia menjejakkan kakinya di sekolah! Alhamdulillah ....



Dalam kereta on the way ke sekolah ...:D



Di dewan sekolah sementara menunggu majlis bermula


Anak bapakkkkkk .... hehe :D


Anak manja ayah dan ibu, tapi manjanya lebih pada ibu hehe. Tapiiiii kalau ayah dia takda di rumah atau outstation atau lama sangat keluar tak balik-balik, dia mula la tak senang duduk cari ayah dia! Selang 2 minit dia tanya mana ayah ... mana ayah. Tapi bila ayah ada depan mata, dia menyendeng kat ibu pulak huhu ...

Mana kakak? kakak ada .... tapi takmo gambarnya diambil hehe. Memang pemalu dah anak dara sulung tu, elok lah. Ibu nak amik gambar pun dia takmo dah ... tapi kadang-kadang tu ibu curi-curi amik gak ekekeke :p



Ustazah Hazmira :)





Pendaftaran dan hari orientasi berjalan lancar ... alhamdulillah. Bila tanya Mira, suka tak sekolah baru, kawan baru, dan cikgu baru? Dengan muka senyum dan suara jelas dia jawab, "Sukaaaaaa ...!"

Setel sudah pendaftaran dan orientasi darjah satu. Moga kakak dan Mira bergembira dan belajar dengan penuh semangat di sekolah ye. Sungguh waktu berlalu begitu pantas .... my baby is a big girl now :')




4 comments:

  1. comelnya pakai baju sekolah hehe :) teringat adik Hana yg baru masuk Darjah 2

    ReplyDelete
  2. belajart rajin2 tau,semoga jadi anak solehah ye...

    ReplyDelete
  3. amboi amboii comelnyaaa pakai baju sekolah . belajar elok elok tau ! :)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah semuanya baik baik je..risau jugak ada yang buat drama air mata tu kan..hihi

    ReplyDelete

Apa kata korang?