Tuesday, January 05, 2016

# Cerita My Pearls # Parenting & Tips

Jangan Pandang Rendah Duit RM1!


Assalamualaikum!


Mulai sekarang aku kena kumpul duit kertas RM1 sebanyak yang boleh. Bukan untuk buat tabungan, tapi untuk dua orang anak daraku tu la. Dulu kakak sorang je yang guna duit RM1 buat belanja sekolah. Sekolah pagi lain harga, sekolah petang lain harga hehe ...

Ni dah masuk dua orang, aku kena sediakan lebih banyak duit kertas RM1. Hari-hari kena cek dalam dompet, pastikan duit kertas RM1 cukup untuk 'bekalan' esoknya. Kadang-kadang aku naik takut pulak nak bayar duit kat kaunter haha. Bukan ape ... senang pagi-pagi nak hulur duit belanja kat diaorang. Adik pulak baru nak berjinak-jinak berbelanja di sekolah, so kena bagi dia pemahaman tentang perbelanjaan berhemah hehe ....



Buat masa ni, seorang aku peruntukkan RM3 untuk belanja sekolah pagi, RM3 untuk sekolah petang. So, boleh kira la berapa sehari untuk dua orang tu huhu. Tapi, start semalam diaorang dah mula menabung sikit-sikit. Hari-hari pun itulah pesanan kami laki bini kat dua beradik tu. Beli makanan sahaja dan kalau ada baki, simpan dalam tabung. Setakat yang aku perhatikan semalam, harga makanan di kantin sekolah diaorang masih ok lagi. Semangkuk bihun sup boleh dapat RM1, so ok la tu kan.

Tapi tak tahula akan datang, adakah adik akan ikut jejak kakaknya seperti tahun-tahun lepas membuat 'lawatan' berbayar ke bookshop dan mesin air di sekolah haha. Aku tengok Mira ni pun ada potensi jadi shopper tegar yang berjaya! muahaha .... :p

16 comments:

  1. eija pun da kena start menabung la utk anak anak.. makin hari brg2 makin mahaiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau takpa, nangis tengok harga barang terutama keperluan sekolah anak-anak .. tapi kena beli juga untuk keperluan depa :D

      Delete
  2. ayat last tu sebenarnya shopper tegar ikut sapa tu???hehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikut kakak dia hahaha ... ibu dia tak tegar sangat hahaha

      Delete
  3. tanpa RM1 takkan cukup duit sejuta. Hana ngan adik adik pun mama abah bekalkan duit RM1 dulu. sekarang ngan belanja makin besar memang kena naikkan sikit jumlah wang harian ke sekolah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, setakat ni RM3 relevan lagi untuk dua beradik tu hehe

      Delete
  4. terasa betapa bezanya kos hidup sekarang :O zaman mak ayah dulu, kata mereka 20sen tu dah cukup sangat. zaman saya RM 1. hehehe, sekarang dah RM 3 dahhhhh

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  5. In sha Allah anak2 akak pandai manage nanti duit yg akak bagi

    ReplyDelete
  6. tuh la kan ...kadang RM3 pun tak cukup Hanim. Sekolah anak akak nasik pun rm2 dah. Air rm1

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kak moon, tapi nak bagi lebih pun bimbang dibelanjanya kat tempat lain huhu. Tahun-tahun lepas dah nangis dah si kakak bawa balik pemadam baru hari-hari hehe

      Delete
  7. sejak budak budak dah bersekolah memang wajib ada duit lebih RM1. takleh bagi lebih nanti jadi shopper tegar pulak.hihi

    ReplyDelete
  8. InshaAllah, seringgit pun masih berharga.. Yeahh

    ReplyDelete

Apa kata korang?