Kereta & Spark-Plug!

Friday, January 08, 2016


Assalamualaikum!


Bercakap pasal kereta, aku teringat zaman mula-mula baru dapat kereta 'kebal' ni dulu. Masa tu bujang dan kerja merantau di negeri orang, so kenderaan adalah satu keperluan yang mesti ada untuk memudahkan aku pergi ke pejabat, pasar dan sebagainya.

Dah ada kereta, tentulah kena tau serba serbi tentang kereta ye dak? Tambah ko duduk jauh dari family .. jauh dari abah, kalau apa-apa jadi kat kereta ko tengah jalan tak ke haru kat situ? Paling tidak, kena tahu benda pertama kalau kereta rosak, jangan panik! haha. 

Ok, tu cerita zaman aku solo. Bila dah berkahwin ni lain pulak ceritanya hehe. Bila dah berdua, automatik hal ehwal kebajikan kereta terletak di atas batu jemala suami! Bukan aku mintak, tapi dia yang sukarelawan nak ... hahaha! 

Aku tak tau la samada kaum suami memang macam ni atau Pak Jelan sorang je yang ada perangai begini. Dia cukup payah nak bagi aku drive kalau dia ada di sebelah! Kadang-kadang aku tengok dia penat je dok tekan clutch minyak clutch minyak, kita pun offer la nak jadi driver kan. Tapi kang dia mesti jawab, "takpe ... boleh lagi ni...", hok aloh. Kecuali kalau dia betul-betul tak sihat pening kepala tak boleh nak teruskan pemanduan, baru dia bagi aku memandu. Kalau tak .... makan bulan jugak aku tak dapat nak pegang itu stereng tau! haha ....

Dah kalau stereng pun aku tak dapat nak pegang, bahagian enjin lagi aku tak dibenarkan! haha. Bukan tak benarkan sebenarnya ... cuma hafalan aku tentang bab-bab enjin, radiator, break-disc, tukar tayar dan sebagainya telah lama hilang sejak Pak Jelan mengambil alih 'kebajikan' kereta hehe ....




So, semalam time nak tunggu anak-anak habis sekolah agama, kami berdua singgah kedai spare-parts kereta dan dia beli spark-plugs ni .....

"ishh ... banyaknya beli spark-plug, nak buat ape?"

"nak tukar la ... tadi on the way ke pejabat hani kereta ni tersenggok-senggok tau. Abg syak spark-plug dia ni ... tu yang nak tukar ni..."

"naper beli sampai 4? takda yang jual satu satu ke? membazir je ni ...."

"kereta memang pakai 4 la sayang oiiii ..."

"ye ke ...? biasa orang pakai satu je kan"

"itu motor sayang oiii .... kereta memang pakai 4 spark-plug sayang oiiii"

Ooohhhhh .... hahahaha ok!




Dan baru aku tahu spark-plug duduknya disitu ekekeke :p


You Might Also Like

3 pengomen comel

  1. oooo kat situ duduknya spark plug tu yer..saya baru tau lepas baca entry ni..hehee

    ReplyDelete
  2. samalah kita.. tau isi minyak ajer..lain2 mmg x tau lgsg..spark plug pun x tau :D

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM