Kritikan Membina Bukannya Sumpahan (Menjatuhkan)!

Friday, January 08, 2016


Assalammualaikum!


Bukan semua blogger yang pergi food review tu akan cakap makanan tu sedap. Dan bukan dari aspek makanan sahaja yang diaorang pandang bila nak tulis sesuatu review untuk dikongsikan dalam blog dengan pembaca mereka. Start dari pelayan amik pesanan, masa menunggu dan makanan sampai ikut giliran, tu semua kami perhatikan! Aku sendiri pernah mengalami pengalaman buruk di satu restoran yang aku pernah review dulu. Dan, food review itu adalah atas jemputan tau! 

Sebelum aku pandang makanan, aku tengok pada servis dan layanan diaorang dulu. Terus terang, aku kecewa giler masa tu dengan layanan dari staf disana. Lebih kurang sama kes jugak dengan blogger Uzu hadapi sekarang ni. Bezanya, pemilik restoran tu bukan artis dan bukan juga Melayu tapi mereka bersikap profesional dan minta maaf pada aku sekeluarga walaupun aku tulis aku kecewa makan di sana! Dan, siap jemput lagi kami untuk kali kedua sebagai tanda mohon maaf ... walaupun dia tak cakap nak layan kami macam VVVIP hehe ....

Dan entri review itu sampai sekarang masih ada lagi dalam blog aku ni. Tapi, bukanlah aku berniat nat jatuhkan bisnes dia ke ape. Cuma itu berdasarkan pengalaman aku dan keluarga pada masa dan ketika itu. Dan, bukan sahaja aku mengkritik tapi aku sertakan juga cadangan untuk penambahbaikan walaupun hati tengah 'panas' membara masa tu hahaha .... tak cukup baik ke lagi tu? Kami pergi pun modal keluar sendiri beb!

Tu sebab bagi aku, food review atas jemputan ataupun pergi makan sendiri (bayar sendiri), kalau tak sedap aku akan cakap tak sedap. Kalau tak sedap opkos aku cakap yang benar. Tambah kalau pergi makan sendiri, kari rasa longkang takkan nak tulis lazat dan lemak berkrim kan! Cuma terpulang bagi kita macam mana nak tulis 'berlapik' je. Ini (kes FMK), kawan tu komplen review kasi ayat dah penuh sopan santun dah tapi masih sentap pulak orang di 'sana'. Itu baru blogger datang boh ... kalau Chef One Two Three yang komen? Mau berak berdarah ..... hehehe ~




Ok, ni nak cerita review aku pulak ....

So, semalam Pak Jelan bawa kami try makan ayam pecel lele kat kawasan perumahan kami semalam. Warung tu memang dah lama buka dan ramai orang sokmo, cuma kami je yang tak sampai-sampai kat sana lagi walaupun hakikatnya dekat je ngan umah!

Kami pesan ayam pecel lele dan daging pecel lele bersama 3 pinggan nasi putih. Kakak dan adik tak makan pedas, so minta sup kosong dan ayam goreng tu diaorang makan.



Daging Pecel Lele


Aku memang tak pernah makan lagi masakan pecel lele ni, so tak tahu macam mana rupa bentuk dan rasanya. Aku cakap kat Pak Jelan, order sikit kita share ramai-ramai makan, bimbang kalau order banyak tak habis pulak. Kang kalau tak kena ngan tekak tak ke membazir ... so, kita pakat-pakat share dulu. 

Bila makanan sampai, aku terpegun tengok daging pecel lele ni. Siap hidang dalam pinggan kayu pulak tu hehehe. Terus terang, aku sukakan rasa daging pecel lele ni, makan ngan nasi cicah pulak ngan sambal dia tu ..... perghhhh pijau mulut aku sampai kena hirup sup Mira punya hahaha. Tapi pijau pijau pun aku masih nak suap lagi dalam mulut! Cuma bila nak gigit tu, daging dia agak ke'kayu'an sikit hehe. Maksudnya daging liat la. 




Ayam Pecel Lele


Ayam tu dia goreng kunyit biasa je, so kakak boleh makan ngan nasi. Aku ngan Pak Jelan je la yang galak mencicah daging dengan sambal tu hehehe




Sambal 'berapi' tapi sedap!


Bila Pak Jelan tanya, sedap ke tak aku cakap sedappppp walaupun daging dia liat. Tapi, tengok dari mula pelayan dia amik pesanan dan waktu menunggu walaupun orang ramai, memang aku puji sebab walaupun hanya warung tepi jalan tapi masih mampu handle pelanggan yang ramai. So, walaupun ada sedikit kelemahan dari segi makanan, tapi bukanlah aku berniat nak jatuhkan bisnes orang tu ke ape. Kalau niat buruk, aku cakapkan aje, (contoh ayat) "dik...kalau macam ni la keras dagingnya aku sumpah ko bankrap la pasni!". Tu baru betul ko cakap aku ada niat nak jatuhkan bisnes ko, tapi opkos bukanlah itu niat aku.

Kesimpulannya, sebagai blogger atau sebagai orang biasa kita perlu bersikap jujur dalam menulis sesuatu review. Dan, bukanlah bermaksud kita review servis teruk untuk aibkan orang tu atau bisnes dia. Sebab kita takda keuntungan pun bila buat macam tu, apatah lagi bila kita sendiri keluarkan duit makan di restoran tu. Yang penting sama-sama amik positif dan perbaiki kelemahan yang ada, jangan mengaku salah tapi lepas tu sindir orang balik! hahaha .... 

:)

You Might Also Like

5 pengomen comel

  1. dah baca review kat blog uzu..takdalah kasar sgt pun..xtau nape nk sentap...hikss

    ReplyDelete
  2. Br je pas baca entri uzu tu. Ish sorry me xkn pegi try klu mcmtu nye resp owner of the rest. Nampak sgt xpro n sentap lebih. Ayat sinis tu. Ego teruk ahahah

    ReplyDelete
  3. Ada baca td..rasanya artis tu kena take it as positive jugsk demi kebaikan bisnes dia..tp kli sy yg pergi mkn kt kedai dia pening jgk tgk menu xfhm mcmtu..huhu

    ReplyDelete
  4. kedai tu owner baru... tuan tanah amik balik.. tuan asalnya yg femes tu resepi original dah pindah ke shop lot area ramley burger tu.. OM pecalele nama kedai dia...

    ReplyDelete
  5. Setuju sangat.. kita makan bayar kot..
    Mestilah jujur bila review..

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM