Tuesday, January 12, 2016

# Cerita My Pearls # Story Kenit

Lagu Untuk Si Miau!


Assalamualaikum!




Molek sungguh dia berposing dengan penuh manja dalam bakul baju. Dengan mata yang sitap dan hidung mancung persis hidung si rimau belang, anak kucing ini berjaya men'cair'kan hati kakak dan adik walaupun baru 5 minit bertemu!

Di mana? Di kedai bundle hehe ...

Satu hari kami ternampak anak kucing duduk baekkk punya sopan atas meja kaunter. Memang santai habis dia atas kaunter tu, kita yang tengok dari jauh ni naik 'geram' pulak! hehe ...

Sebelum tu, aku pernah citer yang kakak dan adik memang cukup sayang dan suka pada kucing. Mana-mana kucing yang melintas depan diaorang, diaorang akan pergi atau bagi 'salam' kat kucing tu. Kalau kucing tu manja dan tak lari, memang akan diusap-usap oleh dua beradik tu. Kalau kucing tu takut atau garang, senyum dari jauh je la hehehe ....




Ada satu malam tu kami sekeluarga gi mengopi kat warung berdekatan ngan umah. Ada sekor kucing ni datang dan bergesel-gesel kat kaki. Apa lagi ... kakak dan adik pun 'layan' habis lah main-main mengusik si miau ni. Tak lama lepas tu, si Mira cakap kucing tu lapar la bu. Haishh ... mana awak tau dia lapar... tak mengiau pun! Ye bu ... dia lapar. Pastu Mira buat muka kesian kat aku, suh aku beli makanan kucing dalam pek kat Speedmart depan tu. Payah jugak deal ngan budak yang reti buat muka kesian ala-ala comel ni kan .... hahaha :p

Rezeki ko malam tu kucing oiii ....




Berbalik kepada kucing kat kedai bundle tu, haaaa tengokla Mira dukung kucing tu macam mana hahahaha. Kadang-kadang ditimang-timangnya kucing tu. Macam dukung anak pun ye gak ni hahaha. Mentang-mentang anak kucing manja giler, dia redho je kena 'gomol' ngan si Mira.




Kakak pun sama! Macam-macam pesen dia pegang anak kucing tu. Tengok gambar ni pun dah ada rupa macam kakak nak nyusukan anak kucing tu! Jangan macam-macam kak ... kang ibu kena kecam jenuh ibu kang kak! hehehe ....

Dia pegang begitu sebab nak tengok dekat lagi anak kucing tu. Terlampau manja sangat, plus ini kali pertama dia jumpa kucing semanja ni! Memang macam-macam gaya la dia pegang ... tapi aku sempat amik gambar yang ni je hehe ...




Redho je anak kucing tu ngan kerenah Mira. Tak mencakar langsung walau badannya dipeluk, digendong, diangkat oleh Mira. Aku pulak yang seriau nengok .... hahaha 




Paling aku tak tahan tu, Mira siap boleh nyanyi lagu kat anak kucing ni! hahahaha. Adoiiiii kemain lagi anak kucing ni ... naik lemak pulak nak kena berdodoi bagai. Takde pulak dia 'melawan' atau mencakar bila Mira menyanyi tu hahaha. Memang tak puas melayan anak kucing yang comel dan manja ni. Kalau boleh nak dibawanya balik dan bela. Tapi tu la ... belum tiba masanya lagi nak oiiii, besar tanggungjawab membela haiwan ni. Ibu dulu pun bela kucing umur 12 tahun ... dan hampir semua kerja berkaitan dengan kucing ibu kena buat sendiri sebab itulah syarat atok dulu kalau ibu nak bela kucing hehehe ...

Nak tengok video Mira menyanyi tuk anak kucing ni? Kalau bergegor henpon tu bukan ape ... time tu aku dok menahan gelak dengar lirik lagu Mira yang ..... korang dengar la sendiri! muahahaha .....




Bertuahnya kucing kena dodoi dengan Ustazah Hazmira. Bergegor henpon ibu dok bergelak tak tahan dengar lirik lagu hehehe 󾌱󾌱󾌱#NukilanKenit #mommyblogger #parentingblogger #lifestyleblogger #kelabbloggerbenashaari #miratsyle #catlover #nakbelakucing #taktahantengokkucingcomeldanmanja
Posted by Hanim Hashim on 9hb Januari 2016

1 comment:

Apa kata korang?