Lebih Dari Sekadar Cari Duit!

Monday, January 18, 2016


Assalamualaikum!




Hari yang baik buat peniaga-peniaga carboot semalam. Ramai yang turun 'padang' memeriahkan suasana walaupun kebelakangan ni cuaca tak menentu. Tak kurang juga pelanggan yang tak putus-putus setia berkunjung dari awal pagi walaupun ramai peniaga belum bukak bonet lagi hehe :D

Salah satu cabaran yang perlu dihadapi oleh mana-mana peniaga ialah cuaca. Walaupun cuaca berarak mendung kelabu, tetapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar dengan izin Allah. Tambah, minggu lepas kereta buat hal so, aku nekad minggu ni (semalam) nak meniaga jugak! hehe ...




Siapa yang biasa pergi carboot atau pasar karat pasti tahu apa yang ditawarkan disini. Nak yang rare? nak yang vintage? nak barang berjenama tapi dijual murah? Tapi dengan syarat, barang terpakai. Tapi walaupun terpakai, kalau barang tu berjenama dan ada nilai vintage insyaAllah berbaloi beli kat sini. 

Cuaca sangat menyebelahi kami semalam. Mendung je tak terik sangat seperti minggu-minggu sebelumnya. Pelanggan pun seronok berjalan singgah menyinggah tengok barang dari satu kereta ke satu kereta. Yang menjual pun seronok, yang membeli lagi seronok sebab dapat harga murah!





Macam biasa, anak beranak join meniaga semalam. Seronok tengok kakak dan adik bersungguh temankan ibu ayah meniaga ... terharu pun ade. Kalau dulu kami buat sebab nak menambah pendapatan, tapi lama kelamaan kami mula sedar meniaga carboot ni lebih dari tu! Dari satu keperluan, ia menjadi minat kami sekeluarga. Bersemangat nak menambah koleksi barang niaga setiap minggu.

Yang penting, aku nak ajar anak-anak tak perlu rasa malu meniaga di tempat terbuka seperti ni. Kalau orang lain boleh buat, kenapa tidak kita? 





Dah tolong ibu ayah berjual, mesti ada upah kan muahahaha :p

Dapatla sorang satu dompet Guess ... beli dari peniaga beg di situ jugak heeee :D



You Might Also Like

6 pengomen comel

  1. SA lom pernah Terjah mana-mana carboot sales..nak pergi jugak nanti...

    ReplyDelete
  2. Bestnya walau hnya meniaga d carboots...lya pun tringin nak try meniaga kat pasar2 mcm ni

    ReplyDelete
  3. Assalam. Bagusnya mengajar anak menjadi usahawan. Tahniah!

    ReplyDelete
  4. Seronok sbnrnye bila mniaga mcm no. Kwn sy pon join carbooth sale kt mlka. Seronok diaorg sbb dpt kenal org kiri kanan borak sakan mcm santai xmcm niaga pon. Pape pon gid luck ye;)

    ReplyDelete
  5. Mmg best kan dapat buka car booth..sy pernah buat sekali ajer dulu :D

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM