Mira Ada Disleksia?

Thursday, January 21, 2016


Assalamualaikum!




Untuk tiga minggu pertama ni, memang ni la keje aku tetiap malam. Membalut buku-buku teks kakak dan adik untuk sekolah rendah dan sekolah agama. Kakak punya buku teks dah setel, tinggal Mira punya je yang tak siap-siap lagi hehe. 

Buku teks baru dapat kelmarin ... sebab untuk minggu pertama sekolah aritu cikgu dah kabor buku teks akan dapat lambat sikit berbanding murid-murid darjah 2 hingga 6. Sebab minggu pertama dan kedua tu cikgu nak murid-murid menyesuaikan diri dulu dengan aktiviti santai sebelum memulakan kelas dengan lebih serius dan fokus.


Rasanya ada pembalut buku yang ready-made dijual di kedai kan. Tapi aku pilih untuk balut buku secara konvensional hehe. Pasaipa? Sebab waktu malam begini je la aku ada masa nak duduk-duduk borang ngan anak-anak tanya pasal sekolah dan lain-lain. Bila aku dok membalut tu, kakak dan adik akan bercerita pasal apa saja yang berlaku kat sekolah. Dah la waktu siang masing-masing buat hal sendiri, waktu malam kena la santai-santai sikit ... borak-borak anak beranak sambil ambil tahu perkembangan diaorang di sekolah...at least ada komunikasi interaksi sesama kita kan ...




Malam tu Mira datang tunjuk buku warna ni. Memang obses ngan Frozen! Apa saja kalau ada gambar Frozen, memang dia nak. Tudung Frozen pun ada dik non! Belikan jugak le .... at least dia pakai tudung dengan rela hati kan hehehe. Katanya dia beli di bookshop. Amboii berani dia datang cakap depan ibu ye. Ibu dah kata dah duit belanja sekolah hanya untuk beli makanan, bukan membeli belah di bookshop! Tapi dia bjiak jugak .... dari aku cek beg dia dulu dan tengok buku tu duk dalam beg, baik dia tunjuk kat aku dulu dan cakap lembut-lembut dan manja, takda la ibu nak tukar 'hijau' kang .... hahahaha :p

Ada ketikanya dia berani minta duit belanja ekstra! "Buu ... "*sambil tunjuk 4 jari*. Nak empat ringgit la tu bawak pi sekolah! Hohohohoho .... nehi nehi dik. "Three ringgit is all what you need, Nothing more nothing lessi said to her haha. Walaupun mungkin dia tak berapa nak 'tangkap' apa aku cakap, dia tahu aku tak approved cadangan dia nak up duit belanja ... hahahaha




Pagi tadi dok berborak dengan opismate, timbul topik disleksia ni. Selama ni memang ada membaca pasal gejala Disleksia di kalangan kanak-kanak terutama yang nak masuk sekolah. Kebanyakan ibubapa tidak perasan kehadiran Disleksia pada anak-anak sehingga lah mereka belajar di sekolah rendah. Dan bila doktor mengesahkan, ibubapa mula rasa down dan risau kalau-kalau anak mereka akan mempunyai masalah pembelajaran di sekolah.

Kebanyakan budak-budak time di sekolah tadika, kalau dia banyak main atau kurang perform dalam kelas kita tak risau sangat sebab kita fikir mereka masih anak kecil dan memang mereka lebih banyak bermain dari belajar. Tapi bila masuk ke tahun seterusnya atau masuk darjah satu, baru kita perasan sebenarnya anak-anak mempunyai masalah disleksia ...


Antara ciri-ciri murid disleksia

Masalah dalam ejaan
masalah dalam sebutan (fonologi) dimana murid tidak dapat menyebut perkataan yang tertulis
- sukar untuk membunyikan huruf vokal dan selalu meninggalkannya, contohnya could dieja cold


Masalah dalam ingatan
- bermasalah dalam ingatan jangka pendek
- sukar untuk mengumpulkan maklumat dalam otak, seolah-olah terlalu banyak perkataan berpusing-pusiang dalam otak mereka
- selalu gagal dalam menyusun maklumat
- bermasalah dalam mengingati susunan hari, bulan, tahun, dan sewaktu dengannya

Masalah dalam bacaan
- membaca terlalu cepat dengan sebutan yang tidak tepat
- membaca lambat dan terputus-putus disebabkan kesan kekaburan, kesan keterbalikkan, kesan lingkaran cahaya, kesan bergoyang, kesan seperti runtuhan, kesan putaran atau variasi perkataan
- sering salah apabila menyebut perkataan yang mempunyai huruf pertama dan terakhir yang sama, contohnya, form disebut from
- tiada intonasi semasa membaca dan tidak mempedulikan tanda bacaan





Setakat ni Mira takda masalah pembelajaran yang ketara di sekolah. Sebab dia dah bertadika selama 3 tahun, banyak benda yang dia boleh gunakan sebagai panduan untuk darjah Satu. Bab menulis, membaca dan menghafal alhamdulillah ... boleh dah sikit-sikit. Cuti sekolah yang lepas, aku pastikan dia buat latihan menulis cerita pendek sebab nak kasi dia tulis lebih kemas dan jelas. Kadang-kadang dia boring asyik membaca je, aku kasi la latihan dia menulis. Boring menulis, aku suh dia melukis. Boring melukis, aku suh dia baca buku English. Boring membaca aku suh dia hafal doa. Boring menghafal aku suh dia main masak-masak je la ... hahaha

Tapi masa mula-mula aku ajar dia menulis A.B.C dulu, antara huruf besar dan kecil .. dia ada masalah sikit nak tulis huruf kecil. Terutama huruf 'b' dan 'd', 'q' dan 'p'. Empat huruf ni memang dia double trouble sikit nak bezakan. Bila suh tulis 'b' dia tulis 'd' ...




Tapi masa tu aku anggap ia satu perkara biasa sebab dia baru nak biasakan diri dengan huruf kecil. Selama ni dia belajar ABC semua huruf besar, bila menulis tetiba kena tulis huruf kecil ... mungkin sebab tu dia tak boleh bezakan lagi. Pun begitu, aku tetap teruskan ajar dia. Bab lain dia ok, bab ni je la yang aku perasan dia ada masalah sikit dulu...

Harap bila dah start belajar nanti, masalah ini tak timbul lagi buat Mira. Sebab di sekolah agama dia boleh menulis dan memahami ajaran cikgu dalam kelas. Apapun, ibu akan pantau perkembangan Mira .... 


You Might Also Like

2 pengomen comel

  1. Masalah disleksia ni boleh di jauhkan..kena tumpukan pada dia dan selalu pantau..semoga Mira ok dan xde masalah itu di masa hadapan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah kak Suria, anim akan terus pantau dia tq kak :)

      Delete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM