Cerita Gitar & Carboot

Friday, May 13, 2016


Assalamualaikum!


Lepas kucing ...  roller-blade ... lepas roller blade ... dia brehi ('gila' nak main) ke gitar pulak! Adehhh layankan aje la sebab gitar pinjam kan hehe ...

Teruja benar dia pertama kali jari menyentuh tali gitar tu. Layan sungguh dia sampai tak ingat makan tak ingat nak mandi. Main berdua dengan adiknya, dia je la yang dapat pegang banyak pun .... Mira keluar dari bilik cakap kakak aje yang pegang banyak hehehe .... sabar je la Mira yek :D



Tengah mikior nak main lagu apa untuk ibu hehe ...





Perghh cara dia pegang gitar pun dah tahu pandai main ke tak budak ni hahaha. Ni gambar 'curi' tangkap, sebab kalau kita suh dia posing memang takkan menjadi punya posing dia. So, ibu sembunyi belakang dinding hala henpon sikit dan 'klik' ... hehehe




Minggu lepas meniaga carboot di Kota Damansara alhamdulillah jualannya. Tapi plan lepas ni takmo dah amik baju kat orang, better jual baju-baju sendiri atau bundle je. Tak suka la meniaga stres stres ni. Kita dah kabor awal-awal keuntungan akan dikira bila semua baju dia terjual, ni baju tak habis jual lagi dah sibuk mintak duit. Ingat aku meniaga hari-hari ke, ingat baju awak boleh terjual dalam seminggu tu ke?? Takut saya tipu?? Sorry la yek ... kalau ko tak percaya ke aku, aku pun tak ingin nak nolong dah ....

Serik! Biar je la aku jual baju sendiri pasni .... T_T




Nak amik gambar baju tu, tapi si kecik ni dok nyakat hulur muka dia ...haaaa amik sekali la.  Sama serupa je tengok hahaha!




Malam Sabtu tu ingat nak meniaga kat Subang Bestari ... sekali hujan lebat teramat sangat. Akhirnya ibu pun layan gitar gak la hahaha ....


Sekian




You Might Also Like

1 pengomen comel

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM