Friday, May 27, 2016

# Cerita My Pearls

Hati Terobek!


Assalamualaikum!


Ada dua kes yang buat hatiku 'terobek'! T_T




Pertama, terobek kerana diri sendiri yang pelupa! huhu ....

Bagaimana aku boleh lupa hari ni HARI TERAKHIR SEBELUM CUTI SEKOLAH PERTENGAHAN TAHUN! Patutlah aku pelik semalam budak sekolah agama tu cakap petang ni tak sekolah dah. Arrghhhhh .... anak-anak dah bagi peringat sejak 2 minggu lepas, tapi ibu buat dekkkkkk ingat lambat lagi! >.<

Hidup hidup aku ingat cuti sekolah diaorang minggu depan! Ya Allah .... T_T 

Patutlah kakak dok tanya bila kita boleh balik kampung ... patutlah kakak dok tanya nak balik kampung Melaka ke kampung Perak haha .. hurmm. Sedangkan budak-budak pun terindukan kampung, aku lagi la .... ! T_T 




Kes kedua yang buat hatiku terobek ... bila amik kasut si Mira dari rumah transit petang semalam dan rupanya begini! T_T

'Hayat' tak sampai 12 jam, aku syak reben tu hilang kat sekolah rendah lagi sebab cari kat rumah pengasuh takda. Aku tak pasti la Mira menari atau dia bersilat atas pentas tu kelmarin ... T_T




Ok, dia menari ... sebenarnya berdiri aje ni hehe :p


Kiriman gambar dari WhatsApp cikgu dia semalam haha, ibu tumpang letak dalam blog sebagai kenangan la ye. Terima kasih cikgu! ngeeeeee .... :D

Kakak dia berdiri di belakang pakai kain biru gelap, Mira di depan tu .. muka sedih sungguh! Rasanya time ni dia nyanyi lagu 'Pelangi' nyanyian arwah Sudirman sebab kat umah dia dok nyanyi lagu tu la haha ....



Mira pakai celak ka? haha ....

Balik rumah lepas mandi, solat maghrib dua-dua terbongkang kepenatan. Tak sempat nak 'soal siasat' Mira pasaipa kasut cantik dia jadi lagu tu. Tinggalah ibu sorang pandang dinding sebab ayah pulak kena pergi Subang balik setelkan hal kereta yang tak sudah-sudah!

Anak-anakku ... nanti kita balik kampung bulan puasa ni, insyaAllah .... :)

1 comment:

  1. bulan puasa pun masih cuti sekolah..hehehe

    ReplyDelete

Apa kata korang?