Monday, May 30, 2016

# Cuti Sekolah # Entertainment

Raikan Cuti Sekolah Bersama "Finding Dory" di Sunway Pyramid!


Assalamualaikum!


Nak tahu tak, selepas tayangan filem "Finding Nemo" lebih sedekad lalu, akhirnya filem sekuel "Finding Dory" bakal ditayangkan di pawagam tak lama lagi! Dan sempena meraikan cuti sekolah ini, Sunway Pyramid telah menyediakan beberapa aktiviti menarik untuk kanak-kanak bagi memeriahkan suasana sementara menantikan tayangannya Jun ini.




Ahad lepas, aku berpeluang membawa Wani & Mira ke LG2 Blue Concourse Sunway Pyramid untuk mencuba beberapa permainan yang menarik lagi menyeronokkan di sini! Lagi pun diaorang dah lama tak join aktiviti sebegini sebab sibuk dengan sekolah dan sebagainya. Jadi, bila ada masa memang inilah yang mereka nanti-nantikan! hehe ...

Ok, mula-mula korang kena bawa anak-anak mendaftar di kaunter (lihat gambar di bawah). Disinilah anak korang akan diberi sekeping kad yang akan dicop bila mereka selesai melakukan 3 aktiviti kesemuanya. Kat kaunter ni jugak korang kena pulangkan semula kad yang telah dicop untuk menebus hadiah. Nak tahu hadiah apa tu? Jommmm baca lagi ... ;)



Kaunter pendaftaran dan penebusan hadiah

Dah dapat kad, jom kita mulakan 'pengembaraan' dalam dunia "Dory" :)

Memula, Wani & Mira masuk underwater maze! Permainan dia senang je, cari "Dory" di celah-celah 'batu karang' hehe ...




pintu masuk underwater maze


Tak sampai 2 minit masuk, diaorang dah dapat 2 ekor 'Dory' haha! :p




Ok, aktiviti yang ni best sebab boleh 'memancing' hehe ...




khusyuk dua beradik ni memancing hehe ...:p


Last but not least, aktiviti paling diaorang suka ... mewarna! yeaaaaa ;)







Ramai kanak-kanak yang join mewarna hari tu. Ibubapa pun turut sama bagi sokongan kat anak masing-masing hehe. Macam-macam gelagat diaorang ni, tapi seronok sebab aktiviti santai je, lepas tu dah siap mewarna, boleh dapatkan cop terakhir.



Yeaaaa! inilah hadiah yang kakak dan adik dapat, "Finding Dory" sticker book setiap seorang! Adik memang cukup suka dapat pelekat-pelekat yang comel macam ni hehe :D

Beginilah kemeriahan suasana di Blue Atrium LG2 Blue Concourse pada hari tu. Cantik dan penuh dengan hiasan warna warni seperti di dalam dunia air yang penuh fantasi!






Selain boleh bawa anak-anak join aktiviti di sini, ibubapa juga boleh membeli belah barangan Disney "Finding Dory" dengan tawaran harga hebat! Semua barangan yang dijual bertemakan "Finding Dory" ... comel tau! Jom 'cuci mata' hehe :D











So, tunggu apa lagi! Jom meriahkan ruang legar Blue Atrium LG2 Blue Concourse, Sunway Pyramid bermula 27 Mei sehingga 19 Jun 2016 ini. Korang juga boleh join aktiviti yang sama di Ground Floor Main Atrium, Sunway Putra Mall bermula 27 Mei sehingga 12 Jun 2016.

Juga jangan lupa saksikan tayangan filem sekuel "Finding Dory" yang akan ditayangkan di pawagam pada 16 Jun 2016. Jom tengok sedikit sedutan filem ini yang sempat aku rakamkan ;)




Kepada adik-adik semua, selamat bercuti ya! Penuhi cuti sekolah ini dengan aktiviti yang best dan bermanfaat bersama keluarga. Juga jangan lupa ajak ibu ayah pergi tengok filem "Finding Dory" ye hehe ;)




Untuk maklumat lanjut, boleh layari :

Sunway Pyramid Facebookwww.facebook.com/sunwaypyramid
Sunway Putra Mall Facebook – www.facebook.com/sunway_putramall
Instagram – @Sunway_Pyramid / @ Sunway_Putramall
Twitter - @Sunway_Pyramid

6 comments:

  1. kasut dory tu lawa lah.. ermm.. macam x dpt pegi je. adeh

    ReplyDelete
  2. menarik..boleh bawa budak2 pergi ni .. ehh tapi lisa kategory budak tak? haha

    ReplyDelete
  3. anak dara tu mesti seronok kan..

    ReplyDelete
  4. Bestnya..anak dara kita tak reti ape2 lgi..kang p sana mak dara yg lbih..haha..takpe boleh bawak ank buah

    ReplyDelete
  5. sabtu lps p sunway..tapi tak sempat singgah situ sbb ada urusan lain..macam best juga aktiviti yg ada.

    ReplyDelete

Apa kata korang?