Exam Pertengahan Tahun

Thursday, June 23, 2016


Assalamualaikum!


Setel amik repot kad kakak dan adik di sekolah diaorang baru-baru ni. Memula ingat nak suruh ayahnya aje yang pergi amik repot kad anak-anak, tapi si kakak dan adik merayu suh aku datang sama sebab kakak cakap kat surat tu tulis "ibu bapa", so maknanya ibu dan ayah kena datang sekali ... hahahaha boleh tahan lurus bendul anak aku ni :p

Amik result dan jumpa cikgu diadakan di dalam dewan sekolah. Aku amik repot kad adik dan ayahnya amik repot kad kakak. Ramai je yang datang seorang samada ibu atau bapa, tak jadi masalah sebab mungkin anak diaorang sorang je. 




Time menunggu ni la, aku sempat berborak ngan sorang parent yang juga menunggu nak amik repot kad anak dia. Macam-macam ditanyanya ....aku anak berapa orang, datang berdua atau sorang, bekerja atau surirumah, kat umah siapa tolong tengokkan kerja sekolah anak blablablabla ...

Dan, dia pun mula meluahkan .... "biasa orang lelaki (suami) memang tak berapa nak amik tahu pasal (pelajaran) anak. Kita (merujuk pada akak tu kot) la yang pegi keje, kerja rumah kita la yang buat, ni sekolah anak lagi kita la yang uruskan. Kat rumah pun kita yang tolong tengokkan kerja rumah diaorang ..."

Sedih pulak aku dengar luahan akak tu, sampai tak tak tahu nak jawab apa. Tapi memang itulah realitinya .. walaupun bukan semua. Kalau tak disuruh, kalau tak keluar suara memang takda la si bapa nak pergi menghadap kerja sekolah anak. Mak yang tengah masak di dapur ni la yang terkejar-kejar masuk dalam bilik tengokkan buku sekolah anak. Buat bapa-bapa yang ada anak bersekolah, kalau sebelum ni liat nau nak tengok buku sekolah anak, lepas ni harapnya ringan-ringankanlah diri tu. Amik inisiatif duduk sebelah anak tanya apa masalah dengan kerja rumah diaorang. Jangan 'buang' semua tugasan ke bahu pasangan korang je >.<



Si sulung bersama ayah


Diaorang dulu dapat jumpa cikgu hehe. Kami masih menunggu giliran

Tak tahu la ape cikgu kakak dok mengomel tu hehe. Pastu giliran aku pun sampai. Borak punya borak, cikgu pun tunjukkan slip keputusan adik. Hurmm .. cikgu cakap Mira ok dalam kelas, pergaulan baik dan ada sekali sekala tu kena buli gak ngan kengkawan haha ..tapi biasala budak-budak bila berkawan. Aku hurmm dan senyumkan aje cikgu tu hehehe ... 

Yang kelakarnya kedudukan diaorang dalam kelas ....




Dua-dua dapat no.8 dalam kelas! Korang berpakat ke ape ni ha? haha boleh pulak kebetulan dapat nombor yang sama :p

Ada satu lagi persamaan dua beradik ni ... aku syak diaorang ni suka benor dengan subjek Bahasa Arab. Kakak memang dari darjah 1 cakap Bahasa Arab ni senang buuuu ...hahaha tapi yang adik pun boleh score penuh walaupun ini kali pertama dia amik exam Bahasa Arab. Alhamdulillah :)

Yang buat aku berkerut dahi kejap ... bila tengok markah subjek Pendidikan Kesihatan kakak ... haihh takpela kak, next time cuba lagi k hehe :D


You Might Also Like

1 pengomen comel

  1. haha.. boleh plak sma no eh.. hehe... alhamdulillah... teruskan usaha lagi ya...

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM