Pengalaman Berpantang Makan Sup Ikan Haruan

Thursday, June 30, 2016


Assalamualaikum!


Sekarang ni macam-macam isu sedang 'hangat' dibincangkan di Facebook. Dari isu vaksin, romantik atau tidak pasangan kita, wajar ke tidak kita makan di khayalak ramai dalam bulan puasa dan macam-macam lagi la. 

Baru-baru ni aku ada terbaca perkongsian di FB tentang pengalaman seorang ibu yang mengalami masalah usus 'melekat' gara-gara makan ikan haruan ketika berpantang. Tak kurang juga yang berkongsi pengalaman yang sama dan melahirkan kebimbangan sekiranya ia terjadi lagi.

Aku sendiri adalah antara ibu yang pernah melahirkan anak secara c-zer atau c-section. Dalam blog ni pun aku ada kongsikan pengalaman aku berpantang ketika c-zer dulu.


sumber : google


Anak pertama aku kena c-zer, so memang kena jaga elok-elok luka di perut. Nak makan ubat periuk atau jamu, aku tak berani sebab 'panas' dan bimbang ada efek pada luka nanti. 

Tapi aku tak ambil pati ikan haruan yang dalam botol tu. Aku makan sup ikan haruan yang dimasak ikut resepi yang abah dapat dari kedai sensei. Minyak dari ikan haruan tu berupaya menyembuhkan luka dalaman dan luaran dengan cepat insyaAllah. Dan aku makan bukan sehari ..dua hari ... tapi 44 hari! hehe ...

Alhamdulillah cukup 44 hari, aku kembali bekerja dan luka akibat c-zer tu pulih dan takda rasa sakit walaupun ketika aku dukung anak atau angkat barang berat.

Dua tahun kemudian, aku melahirkan Mira tapi kali ni aku dapat rezeki lahirkan secara normal. Amalan berpantang pun aku amalkan yang sama ketika anak sulung dulu. Aku masih amalkan makan sup ikan haruan dengan bubur dan Gamat Healin selama 44 hari.

Aku tidak berani nak menafikan mahupun mengiyakan pendapat masing-masing dalam isu ni. Ada sebab kenapa ia berkesan kepada orang lain, dan ada sebab mengapa ia memudaratkan orang lain ... wallahualam. Aku cuma berkongsi pengalaman sendiri dan apa yang aku rasa selepas itu.

Bagi aku, sebaiknya amalkan pemakanan yang sumbernya dari alam semulajadi ketika berpantang. Kalau tak yakin dengan yang dalam botol, boleh makan yang dimasak sendiri. Tapi janganlah ditolak terus khasiat ikan haruan tu, sebab kita kan nak luka cepat sembuh kan.

Wallahualam .... :)

You Might Also Like

2 pengomen comel

  1. macam sedap plak sup ikan haruan heheheh,Insya Allah kalau berpeluang pantang boleh je telan sup haruan,yang pasti pati ikan haruan dalam botol tak boleh telan...muntoh hijau la ambe hahahha...ikan buat masak macam ni atau goreng,,,haaa ada bertambah nasi kang heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kemain bagi cadangan masakan ye hahahaha :p

      Delete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM