Monday, July 04, 2016

# Bila Balik Kampung # Cerita My Pearls

Panasnye Melaka weh!


Assalamualaikum!

Ya Allah ... mencabar betul berpuasa di kampung kali ni. Bahang dia satu macam la! Siang panas, malam hangat .. memang tak berasa angin sepoi² ni. Kami lepas maghrib je terus lepak kat balkoni mengharapkan angin sejuk di luar. Dalam rumah memang membahang rasa dia!

Buka puasa pun cari air dulu! Berteguk² minum air nak kasi hilang dahaga tu ... makanan nanti dulu. Kipas kiri kanan pasang, yang di dinding pasang, yang berdiri pun pasang tapi tetap berpeluh huhu ...


 


Hurmm... 'arwah' dah basikal adik. Ayahnya bagitau ni hasil kerja gabungan Mira bersama dua orang sepupunya. Entah ape diaorang buat sampai boleh tertanggal bearing basikal ni. Budak² sekarang takleh nak kata budak lelaki je ganas main ... yang pempuan pun sama ha! 

Tinggal lah satu je lagi basikal yang ada. Tu pun basikal kakak dia dah tertanggal roda keciknya. Kite tengok berapa lama yang ni boleh bertahan hukhuk ...




Hari ni sambung buat biskut raya ... biskut kegemaran kakak la apa lagi .. marmar carrie! Semalam dia dah tolong aku buat biskit Frutty Tutty. Dapat dua telap ...jadikle hehe. Yang penting hari ni kena pulun buat marmar carrie lebih sikit sebab ada orang nak makan ...ngeeee :D

Semalam anak dara tu merajuk sebab tak belikan lagi baju raya diaorg. Belum lagi sayang ... malam sat gi baru kita gi. Siang ibu nak kasi setel biskut raya dan tolong wan sembelih ayam dulu.
Malam keluar baru selesa sikit mencari barang ... ye dop :)


4 comments:

  1. kan anim..nasib baik tahun ni beraya kat johor je...tahun depan baru balik melaka...

    ReplyDelete
  2. Hamboi dh cbuk preparation raya..hee..mmg nk hjg2 pose ni cuaca panas bahang

    ReplyDelete
  3. Katak kenyang lalu tertidur
    Gajah pitam lantas terjatuh
    Andai tak sampai tangan menghulur
    Ku pohon keampunan dari jauh
    SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

    ReplyDelete

Apa kata korang?