Petua Melegakan Bengkak Akibat Gigitan Serangga

Monday, September 19, 2016


Assalamualaikum!


Alkisahnya, malam tu kami empat beranak berjalan kaki gi kedai. Balik dari kedai, singgah duduk kejap atas batu kat tempat pejalan kaki tu sambil melayan kucing dan hirup angin malam. Yang Mira ...berjalan atas rumput halus sebab nak tangkap kucing tu. Tengah dok berborak ngan cik abe, Mira menjerit sambil berlari kearah kami.

"Semut gigit buuuuuu ...!" nangis sambil sapu-sapu kaki dia. Tengok punya tengok rupanya Mira terpijak sarang semut yang tersembunyi di celah-celah rumput halus tu. Kecil je semut tu .. so aku cakap kat dia, "sikit je tu dik ... balik kang letak minyak k"



Sikit apenye! Pagi tu naik bengkak kaki dia macam kena sengat lebah. Bengkak dari buku lali sampai ke pangkal jari kaki. Buku lali pun tak nampak dah!  Takut semut yang gigit tu semut Charlie ke...ishhh nauzubillahiminzalik! Dia cakap gatal dan sakit, tapi gatal tu lagi 'hebat' ...menggaru teruk gak.


anak panah merah tu tempat semut gigit.

bengkak satu kaki



Cik abe bawa gi klinik dan kembali dengan ubat sapu 2 jenis serta ubat demam. Tapi Mira masih rasa gatal-gatal dan asyik menggaru terutama kat celah-celah jari kaki dia. Tak larat menggaru, dia suruh aku pulak garukan. Jalan pun dah terhencot-hencot huhu

Malam tu dia buat hal lagi. Menangis sebab tak tahan gatal dan sakit kat kaki tu. Dah sapu ubat doktor bagi pun masih gak tak boleh tidur. Tangan asyik nak menggaru ... tak dibagi kang dia menangis lagi hebat dari ni. 

Sekali kawan cik abe bagi petua ni untuk hilangkan gatal dan bengkak kaki. Terus cik abe capai lesung batu, beras dan cuka makan.

Petua Hilangkan Bengkak & Gatal Akibat Gigitan Serangga

  • ambil sedikit beras (agak-agak banyak mana nak pakai) tambah air sikit dan tumbuk dalam lesung batu sehingga hancur
  • titikkan 2-3 titis cuka makan kedalam beras yang telah hancur dan gaul rata. Sapu pada kawasan yang bengkak tadi dan biarkan ia mengering semalaman.




Dah sapu beras ngan cuka tu, baruuuuu lah dia boleh tido lena malam tu. Sapu ni semalam je sebab esok pagi tengok dah surut elok. Takda menangis atau mengadu gatal lagi dah. Setiap 5 minit aku tanya dia ada gatal lagi ke tak, sakit lagi ke tak. Dia jawab kurang dah. 


hari esoknya

Surut dah sikit bengkak kaki tu. Dia pun tak menggaru sangat dah ... alhamdulillah.


nampak dah tulang buku lali sikit. 
Yang merah merah tu mungkin darah bawah kulit kot.



Nanti dia akan keluar bintat-bintat merah kat kulit. Tapi jangan risau, nanti dia hilang jugak. Barangkali tindakbalas dengan beras dan cuka malam sebelumnya, maka dia jadilah begitu. Yang penting Mira tak menggaru dan tak mengadu sakit.

Sebenarnya, sebelum letak beras dan cuka ni ada satu lagi petua biasa yang kita gunakan iaitu letak kapur makan. Tapi, cik abe cakap letak kapur makan tu boleh tapi bimbang kulit anak kita sensitif dan akan menyebabkan kulit pecah pecah. So, kami cuba je la petua letak beras ni ...alhamdulillah dengan izin Allah sembuh.



You Might Also Like

5 pengomen comel

  1. alhamdulillah sembuh. gila rimas kena sakit macam ni.
    tak selesa nak menggaru je.. thanks for the info ^_^

    ReplyDelete
  2. Cian dia... baru tahu beras tumbuk² ngan cuka leh hilang kan gatal-gatal

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM