Tuesday, September 13, 2016

# Anything and Everything # Story Kenit

Tambang Percuma LRT Selama 3 Hari!


Assalamualaikum!


Selamat hari raya aidiladha! Ada yang dah start keje ke arini? Korang gi keje naik ape? Haaa meh sini nak kabor berita baik untuk mereka yang menggunakan perkhidmatan LRT terutama laluan KELANA JAYA.

Tak seperti Raya Puasa, Raya Aidiladha tahun ni ada juga warga kota yang tak pulang ke kampung berhari raya. Buktinya, semalam kat Taman Tasik Dato' Keramat masih ramai yang menghabiskan masa bersama keluarga beriadah diwaktu petang. Rupa-rupanya ramai yang senasib dengan kami ... hehehe.

Masuk tahun ni dah 3 tahun kami beraya haji di KL. Lagipun kena jimat cuti tahunan, maklumla ada lagi 3-4 bulan nak kena hadap ni. Mana nak tau cuti kecemasan ke ape, cuti sedara kahwin ke, aku kenala stenbai siap-siap! Aku rasa bukan aku sorang je yang kes macam ni kan ... haha. Korang yang kena keje tu pun ada yang barangkali bos tak bagi tambah cuti, atau cuti dah habis atau cuti tinggal 2-3 hari je lagi T_T. So, nak taknak .... kembali lah dikau ke opis! 



Bahagia tengok jalan raya minggu ni. Dah la sekali ngan cuti sekolah pulak tu, haruslah pemandu-pemandu bersorak gumbira melihat tiada trafik sesak dimana-mana. Aku pun gembira jugak, tapi aku gembira sebab pergi keje takyah kuar duit tambang ... haha.

Antara pandu kereta dan naik LRT, haruslah aku pilih pandu kereta. Tapiiiiiiiiii minggu ni LRT bagi TAMBANG PERCUMA pada pengguna selama TIGA (3) HARI  untuk LALUAN KELANA JAYA bermula hari ini (13 September sehingga 15 September 2016)




Haaaa rugila tak gunakan sepenuhnya kemudahan LRT ni. Walaupun cuma 3 hari, tapi jimat banyak dah tu huhu. 

Ni aku nak bagitau macam mana korang nak dapatkan tambang percuma LRT tu :
  • Kalau korang ada kad myrapidkl, scan terus pada laluan masuk tapi tiada caj akan ditolak dari kad
  • Kalau korang guna wang tunai, sila beratur di kaunter untuk ambil token percuma
  • Bagi pengguna dari Laluan Kelana Jaya ke laluan lain (Sri Petaling, Ampang, Monorel, BRT Sunway) sila gunakan kad tanpa tunai atau dapatkan token dari mesin TVM. Hanya tambang asas dan caj perjalanan di laluan lain sahaja yang dikenakan bayaran.

"Prasarana ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan setia kami terutama pengguna daripada LRT Laluan Kelana Jaya. Kami juga ingin memohon maaf di atas cabaran yang dihadapi dan kesulitan yang timbul minggu lalu.

"Prasarana juga ingin mengingatkan semua pelanggan kami mengenai insentif baharu untuk memberikan 50 peratus diskaun ke atas tambang bagi mereka yang menggunakan perkhidmatan LRT, monorel dan BRT sebelum 7 pagi, bermula 16 September. Kami mengesyorkan agar pelanggan dapat memulakan perjalanan awal untuk menikmati diskaun, "kata kenyataan itu.
So, minggu ni merasalah naik LRT secara PERCUMA hohoho ;)

2 comments:

  1. ni yang tetiba nak bawa abam Qi jenjalan pi KLCC hahahahahhaha free caj leh pusing2 dok dlm train je weeeeeeeeeee

    ReplyDelete
  2. wahhhh alhamdulillah kena ada free macam ni juga
    sebab kes temph hari kan
    lagipun ramai gunakan lrt tak kan takde something special kan


    Singgah sini.


    Jom la lepak kat umah NIl hee



    http://nilamhimawari.blogspot.com

    ReplyDelete

Apa kata korang?