Tuesday, October 04, 2016

# Cerita My Pearls # Perpustakaan MBPJ

Dia nak sangat ke Perpustakaan MBPJ


Assalamualaikum!


Taman tasik atau perpustakaan? Diaorang ni dua tempat tu je la yang akan diminta setiap minggu. Tak reti nak minta gi tempat lain, kalau minta bukan dapat pegi pun hehe. Tapi yang ni ..lama dah dia berhajat, lama dah disuarakan keinginan nak kesana. Dan akhirnya, hari tu dapat juga jejakkan kaki ke Perpustakaan MBPJ, Petaling Jaya. 

Kadang-kadang bila difikirkan balik, bakpe payah nau nak bawa anak-anak gi perpustakaan ye. Bukan diaorang minta gi tengok konsert atau perabih duit suh beli itu ini. Gi baca buku je pun ... free pulak tu! Rasa bersalah sangat pulak bila tak dapat tunaikan kali pertama dia minta.




Dan bila kami cakap nak bawa diaorang pergi sana ... masyaAllah menjerit suka diaorang dalam kete! Habis je kem bestari solat, kami terus kesini. Masing-masing dah teruja nak tengok macam mana la rupa kat dalam perpustakaan tu ye. Sama ke dengan Perpustakaan Negara?

Masuk masuk je terus capai buku dan duduk atas lantai! Duduk diam tak berbunyi suara masing-masing. Walhal kat depan tu ada tv citer kartun. Perghhh ... apasal tetiba anak-anak den ni fokus dan berdisplin semacam je ni ?hahahaha. Macam ada magnet yang 'menarik' diaorang untuk 'lekat' kat situ tak bergerak :p



pemandangan ini jarang berlaku ketika dirumah hahaha :p






Ada kemudahan tandas dalam perpustakaan ni. So, anak-anak tak perlu keluar masuk perpustakaan kalau nak ke tandas. 



berkerut dahi anak dara baca buku. 
Nak kata cerita sedih tu buku komik hehe :p


banyak alih tempat budak ni. 
Kejap atas lantai, kejap atas kerusi

Salah pilih buku atau salah umur? :p


Cara Pinjam Buku

Caranya, jadi ahli dengan membayar yuran sebanyak RM31 seorang. Korang akan dapat pinjam 6 buah buku atau 4 buah buku + 2 CD selama 3 minggu. Yuran pembaharuan untuk tahun seterusnya hanya RM15.




Si Mira ni baca bukunya dapat 30 minit, selebihnya dia sibuk nyusun buku atas meja. Jadikla dik ... ada gak awak nak membaca buku. Ibu dulu umur macam awak ni hanya kenal perpustakaan sekolah tu je huhu.

Moga tabiat suka membaca buku ni kekal dan subur dalam jiwa kakak dan adik sampai bila-bila :)



1 comment:

  1. Bagus nim pupuk minat membaca untuk anak2..Hahaha nak gelak tgk buku pak jelan baca..takpe laaa bacaan santai kan nim kan kan

    ReplyDelete

Apa kata korang?