Breaking

Tuesday, October 25, 2016

Harap-harap janganlah dia menipu orang lagi ...


Assalamualaikum!


Pernah tak ko didatangi oleh seseorang yang cakap dia dalam kesusahan dan perlukan wang sebab blablablablabla? Pernah tak ko tengok riak muka dia seolah-olah dia benar-benar perlukan bantuan ko masa tu ... terutamanya dalam soal duit?! Ko tak kenal dia, dan dia tak kenal ko tapi atas dasar sesama Islam dan atas dasar kemanusiaan, maka ko berniat nak tolong dia.

Memula tu aku tak syak apa-apa yang pelik sehinggalah ....

Semuanya bermula bila kami on the way balik dari kedai printing, kami didatangi oleh seorang gadis! 


Budak perempuan umur dalam 20an, datang kat aku cakap nak pinjam duit sebab tak cukup untuk beli alat sekolah adik dia kat satu kedai berdekatan. Macam aku cakap tadi, aku takda syak apa sebab mungkin benar dia betul-betul perlukan duit tu untuk beli barang. Alahai ... setakat tak cukup lagi RM5 takkan la aku tak boleh bagi. Tapi aku bukan jenis main bagi macam tu je. Kena tanya dia dulu duit tu nak buat apa dan bila Pak Jelan mula suspicious, maka berjela-jela lagi soalan dia tanya pada budak tu.

Melihatkan pada pakaiannya, budak tu keje disebuah kedai fast food berdekatan situ gak. Tapi beg dan kasutnya dah terkoyak-koyak ... hurmmm. Katanya dia tinggal tak jauh, situ gak. Dan dia beria nak guna RM5 tu untuk 'beli' barang sekolah adik dia. Riak muka jangan cakapla ... memang berkerut dahi terdesak nak minta tolong, tapi masih dengan bahasa lemah lembut sopan sangat.

Pak Jelan pulak bertubi-tubi soalan dia 'bagi' kat budak tu, sampai akhirnya budak tu mengalah dan macam nak larikan diri mengelak ditanya soalan. Aku yang masih tak syak apa-apa, offer la nak tolong bayarkan, nak bagi duit cash tu memang tak la. Kalau ko lapar, jom gi makan. Kalau ko nak beli barang tak cukup duit, meh aku ikut bayarkan. 

Tapi dia menolak! jeng jeng jengggg ... tadi kata perlu kan sangat barang tu untuk adik dia. Dah bila kita offer nak bayarkan tak jadi pulak! Rupanya dia nak kita bagi dia duit cash RM5. Hurmm ...

Akhirnya dia blah macam tu je, tinggalkan kami. Rupa-rupanya, masa kami berdialog dengan budak perempuan tu ada beberapa orang yang menyaksikan kejadian tu. Dan diaorang tanya, budak perempuan tu nak apa. Bila diterangkan apa yang terjadi, barulah kami diberitahu rupanya budak perempuan tu dah lama buat 'keje' ni! Menipu dan minta duit pada orang yang lalu lalang disitu! Allahurobbi ... T_T

Patutlah bila aku offer nak ikut dia sekali bayarkan, dia menolak! hurmm ...:(

Kenapa lah boleh jadi sampai macam tu ye dik? Kami bukan tak nak tolong, kami bukan tak mo bantu. Awak tu satu bangsa, satu agama lagi ... tapi kalau awak menipu orang begini, macam mana orang nak percaya awak lagi pasni? Macam-mana pula perasaan orang yang awak tipu tu?? Duit mereka??




Oh, sebelum kejadian tu aku tengah photoshoot si Mira kat satu lorong. Nak pergi kedai nak print kertas soalan peperiksaan akhir tahun dia dan kakak punya je, tapi dia punya #ootd ... perghhh siap dengan cermin mata hitam dan beg tangan! Katanya nak bergaya macam si 'Baizura' dalam citer Sweetie Nanie, jalan menggedik dengan handbag gantung kat tangan sambil catwalk T_T

Haihhh ... macam-macam hal sekarang ni. Sana sini orang menipu kerana duit :(. Moga adik tu berubah dan tak buat lagi benda macam ni ...


6 comments:

  1. pernah anim...kat hospital,tengok mmg kesian...masa 1st time dia cakap xde duit nak balik..baru keluar wad...so husband jenis murah hati nak bagi duit kat dia sebab kesian..Tapi bila 2nd time pegi hospital dia mintak lagi..dah sah menipu..terus boh layan je orang macam tu...sihat2 tubuh badan,at least kerja lah kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lorrr macam tu pulak jadinya ye sis. Hilang dah kepercayaan orang nak tolong pasni :(

      Delete
  2. takutnye... bahayalah orang cam nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. takut nak tolong kalau jumpa orang macam ni ..

      Delete
  3. Orang buat pura2 cacat pun ada yg mintak sedekah,

    http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.my

    ReplyDelete
  4. rakyat malaysia memang prihatin.. mudah lembut hati.. mudah tolong orang... termasuklah kita semua kan... mesti terkena jugak sekali dua dgn kes2 mcm ni.

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.