Langkah pertama berhenti merokok, semuanya bermula dengan gigi ...

Monday, November 07, 2016


Assalamualaikum!


Bila terkenangkan hari abah dimasukkan ke hospital 3 tahun lalu akibat sesak nafas, aku takut! Aku takut benda yang sama berlaku pada suami. Sebab itu, kami ... aku dan anak-anak tak berhenti mendoakan dan menyedarkan dia tentang bahaya rokok!

Satu rahmat besar bagi kami sekeluarga bila cik abe membuat keputusan ini. Walaupun aku tak jangka ia secepat ini. Maklumla, kita bukan boleh paksa orang suruh berhenti merokok kalau diri sendiri yang tak mulakan dulu. Tapi alhamdulillah, Allah bukakan hatinya untuk berhenti setelah bergelumang dengan rokok selama 20 tahun. 




Aku tahu, ia bukan satu keputusan yang mudah dan bukan boleh dilakukan sehari dua. Tapi insyaAllah, langkah pertama inilah yang kami sekeluarga nantikan selama ini. Dan semuanya bermula dengan gigi! Terima kasih pada doktor gigi yang merawat Pak Jelan hari tu. Dialah yang menuliskan surat rekomendasi untuk Pak jelan dapatkan rawatan berhenti merokok di klinik rokok.

Kehadiran yang pada awalnya untuk mendapatkan rawatan gigi, akhirnya membukakan langkah pertamanya mengambil inisiatif untuk berhenti merokok.





Selepas perjumpaan dengan doktor minggu lepas, Pak Jelan dibekalkan dengan 2 jenis ubat untuk menggantikan nikotin dalam rokok. Satu jenis untuk kunyah dan satu jenis lagi untuk ditampal pada badan. Walaupun kedua-duanya mengandungi nikotin tapi dosnya rendah dibandingkan dengan sebatang rokok yang dihisap!

Pasti .. ia bukan satu laluan mudah buat dia. Tapi, kami sekeluarga akan sentiasa berada di belakang dia untuk mengharungi semua ini. Mohon juga doa dari korang yang membaca ini agar dipermudahkan usaha suamiku untuk bebas dari rokok. 

First step, that's all what it takes ....



You Might Also Like

13 pengomen comel

  1. Semoga suami hanim berjaya berhenti rokok jua.. Emmm...LeYa pun nak suruh suami LeYa berhenti juga la.. Nak suruh dia baca blog hanim ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaminnn. InsyaAllah, semuanya akan dipermudahkan kalau niat tu dah ada :)

      Delete
  2. InsyaAllah...doakan yang baik untuk sisuami. Moga Allah permudahkan.

    ReplyDelete
  3. Semoga berjaya dengan usaha ini

    ReplyDelete
  4. Semoga dia berhenti.
    Yg penting cekalkan hati serta kuat will power.

    Jang biarkan dia hidu gsm pulak lrpas ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah ...

      hidu gam paling dia benci huhu

      Delete
    2. Dah berapa hari dia cuba berhenti

      Delete
    3. 5 hari ... bukan berhenti terus tapi bermula dengan kurangkan

      Delete
    4. Apa kes beb nak hidu gam...itu sembang tahun bila beb hidu gam...skg zaman org hidu DUIY

      Delete
  5. Moga Allah permudahkan urusan suami HH. Saya pun sedang dalam usaha memujuk adik saya untuk berhenti merokok. Moga Allah juga bukakan hati adik saya untuk berhenti merokok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaminnn terima kasih atas doanya. InsyaAllah sis Nora jangan putus asa pujuk dia perlahan-lahan. Moga dipermudahkan usaha sis dan adik sis :)

      Delete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM