Wednesday, November 09, 2016

# Cerita My Pearls # Parenting & Tips

Melukis ikut video di Youtube


Assalamualaikum!


Antara cara untuk kakak dan adik release tension di rumah ialah dengan melukis. Bermula dengan kakak yang dari kecik lagi memang suka melukis dan akhirnya menjadi ikutan si adik. Bermula dengan 'orang lidi' sekarang dah jadi 'orang berisi' hehe.

Kakak sekarang tengah praktis lukis mata anime. Rupanya dia tengok cara orang melukis di YouTube! Patutlah kejap-kejap pinjam handphone ibu ..rupanya selain tengok kartun dia gi tengok cara orang melukis kartun huhu.




Doraemon ni Mira yang lukis. Time ni aku tengah sibuk menggoreng ayam di dapur, dia datang bawa kertas dan tunjuk lukisannya. Woww! pandainya adik lukis! mana belajar?, aku tanya. Adik tengok kat YouTube, dia jawab. Ibu dulu darjah 5 pun masih lukis orang lidi dik ... haha!

Kembang kuncup dia senyum bila aku puji cantik lukisannya. Walaupun pada mulanya dia cakap susah tak tahu macam mana nak lukis, tapi bila tengok video di YouTube tu dan cuba sendiri, hasilnya sangat cantik!




Tak susah sebenarnya nak beri galakan pada anak-anak untuk lakukan benda yang pada mereka agak susah. Macam Mira, memula dia akan cakap susah la tak reti lukis la. Tapi bila aku beri galakan, pujuk dia suruh cuba lukis dulu .. tau-tau je dah siap! :D




Terserah cara bagaimana mereka nak belajar melukis. Yang penting, kita perlu tahu bagaimana nak beri galakan dan dorongan pada mereka untuk berani melakukan sesuatu yang baru dan lebih mencabar. Dan pujian juga perlu diberikan supaya mereka lebih bersemangat untuk buat lagi.




3 comments:

  1. WoW!! Cantik.. Pandai Mira lukis..
    Bagus Kak Hanim tunjukkan positif pad anak2..

    ReplyDelete
  2. amboii...siap tengok youtube ye...hahaha...tapi tetap jadi kan..

    ReplyDelete
  3. Anak saya memang boleh lukis ni sebab ri2 mengadap kartun nih la..

    ReplyDelete

Apa kata korang?