Thursday, January 19, 2017

# Pasal Blog

2017 | Blog berwajah baru!


Assalamualaikum!


Bagi yang sudi dan rajin menyinggah baca blog aku yang serba sederhana ni, mesti korang perasan perubahan template dulu dan sekarang. Memang ikutkan perancangan, aku nak sangat tukar template blog ni dari tahun lepas lagi. Maklumla, berblog dah masuk 6 tahun so kena tukar 'angin' untuk nampak lebih kedewasaan gituuu hehe. Tapi, banyak faktor yang membuatkan aku asyik tertangguh je nak melaksanakannya. Sehinggalah aku tukar template blog Pak Jelan aritu ... mula la berkobar-kobar nak tukar jugak!

Pak Jelan ada blog? Iyeee ... dia pun nak berblog diknon. Dia start aktif berblog tahun lepas tapi dia jenis low profile, berblog sekadar berkongsi info dan cerita peribadi. Aku suruh share kat FB takmo plak dia hehe. 


template baru


So, beginilah rupa blog aku sekarang. Pening gak nak cari template yang sesuai dan kena dengan taste aku. Kalau terlampau formal sangat, tak berkenan la pulak. Kalau format macam surat khabar pun tak suka jugak. So, aku pilih template Rosemary ni sebab simple dan mudah pembaca tak 'semak' mata tengok susunan entri yang sarat.


Template blog cik abeku


Header tu pun aku buatkan, guna Photoscape dan picmonkey.com je. Nak kata terer coding tu memang tak la, tak berani aku nak mengaku hehe. Tapi kena try and error beberapa kali, baru menjadi. Pening kepala berpinar biji mata nak tambah dan betulkan coding. Kite baru first time tukar template plak tu, memang 'mengengsot' habis la dari awal sampai akhir hahaha.

Tapi alhamdulillah, siap jugak template Pak Jelan. Barulah timbul aura nak berblog sebab blog dah cantik katanya hahaha ... hurmm ye la. 

Cuma yang masih memeningkan aku ada beberapa masalah lain berkaitan coding untuk template baru ni yang aku tak berapa nak faham. Jenuh dok menggoogle caranya, tengok di Youtube, try and error sampai berdenyut kepala huhu. 

Apapun aku berterima kasih pada korang yang selama ni sudi dan ikhlas berkunjung membaca entri dan nukilan aku yang tak seberapa ni. Atas sokongan korang selain sokongan cik abe aku la yang membuatkan aku makin bersemangat nak berblog dan berkongsi sedikit ilmu dari diri ini untuk tatapan pembaca tersayang 😍😘

Moga dengan template baru ni, pembaca lebih selesa membaca setiap entri yang dikongsikan. Kalau yang nak beriklan di blog ni boleh la roger kite jugak ye 😉

7 comments:

  1. Waaaaauuu.....dah cantik la tu...kalau nak chanteek lagi taruk crown.....hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha..betul-betul letak kang haaaa :p

      Delete
  2. nice new template...

    Problem code yang mane tu hanim.. meh bgtau leya.. kalau leya blh tolong.. kerja hakiki leya la ngadap hari2 code kat ofis..ahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak ni leya haha. Meta tag description tak kelihatan bila share di fb (buat masa ni kena masukkan secara manual kat search description setiap kali nak publish entri) dan buat menu tab kat atas header tu tak menjadi even dah ikut tutor yg diberi hukhuk.

      Delete
  3. comey je header dia lembut gitu hehehhe

    ReplyDelete

Apa kata korang?