Rangkaian Pore Perfection dari PINK By Pure Beauty Kini Di Watsons!

Monday, January 16, 2017


Assalamualaikum!


Sesiapa juga pasti mengimpikan kulit yang halus, cerah dan licin tanpa ada kesan liang pori yang jelas kelihatan seperti kulit limau. Namun, masalah liang pori pada kulit wajah boleh menimbulkan stres selain akan membawa masalah lain seperti pembentukan bintik hitam, jerawat dan jeragat. 




Dan untuk mengatasi masalah ini, Watsons Malaysia memperkenalkan rangkaian Pore Perfection dari PINK By Pure Beauty di Dazzling Cafe, MidValley baru-baru ini. Majlis pelancaran yang dipenuhi dengan bunga dan dekorasi berwarna merah jambu menyerikan suasana pada petang itu.




Rangkaian terbaru Pore Perfection dari PINK By Pure Beauty merupakan inovasi terbaru dari Korea untuk memberikan penjagaan liang pori yang sempurna sekaligus membersihkan kulit wajah terutamanya untuk wanita muda masa kini. Dalam masa yang sama, rangkaian Pore Perfection menumpukan penyelesaian kepada tiga (3) masalah utama liang pori, iaitu :

  • Pori tersumbat (Clogged Pores)- berpunca dari rembesan sebum yang berlebihan, menyebabkan bintik hitam dan jeragat
  • Pori berpigmentasi (Pigmented Pores)- berpunca dari melanin yang dihasilkan dari dalam pori dan menyebabkan pigmentasi disekeliling pori
  • Pori mengendur (Sagging Pores) - kurang elastik dan pori yang kering (tidak lembap)



Caryn Loh, Pengurus Besar dan Pengarah Watsons Malaysia (ke-5 dari kiri), Sharon Lim, Pengarah Pemasaran, Watsons Malaysia (ke-4 dari kiri), Danny Hoh, Pengurus Pemasaran (ke-3 dari kanan) dan model-model Pink by Pure Beauty di majlis pelancaran Pore Perfection.


Pore Perfection  dari PINK By Pure Beauty

Rangkaian Pore Perfection diformulasi menggunakan kombinasi unik dari Pink Clay yang kaya dengan mineral dan Jeju Volcanic Ash, Jeju carbonated thermal water dan Pink Flower Complex.

Ia membersih jauh ke dalam kulit memberikan penjagaan pori 6 dalam 1 dari pembersihan yang mendalam, pengawalan sebum, pengurangan liang pori, mengecilkan liang pori serta hidrasi dan membaikpulih tona kulit.


Pore Cleansing Foam, 125ml @ RM39.90

Pore Toner, 250ml @ RM39.90

Pore Essence,  30ml @RM72.90


Philip Yeoh, Rakan Selebriti Watsons sedang diuji kulitnya oleh 
penasihat kecantikan Watsons.


Selain memperkenalkan rangkaian Pore Perfection, media dan para blogger turut didedahkan dengan ilmu dan tips penjagaan pori oleh wakil penasihat kecantikan dari Watsons. 

Masalah liang pori boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti umur, hormon, tekanan seharian, cara mencuci wajah yang salah, terdedah kepada pencemaran yang ekstrim, proses penuaan dan lain-lain.




Terima kasih Watsons kerana menjemput aku ke majlis pelancaran Rangkaian Pore Perfection dari PINK By Pure Beauty. Kalau korang ada masalah pori yang ketara dan perlukan produk yang sesuai, maka korang kena dapatkan rangkaian Pore Perfection ni di semua cawangan Watsons berhampiran! 

Korang juga boleh dapatkannya secara online Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari,

Laman Web : Watsons Malaysia


You Might Also Like

6 pengomen comel

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM