Selamat kembali ke sekolah!

Monday, January 09, 2017


Assalamualaikum!


Tahun 2017 ni takda yang bersekolah darjah satu dalam keluarga kami. Jadi keterujaannya tu bersifat sederhana je la. Persiapan pun sederhana, hanya sediakan kelengkapan wajib sekolah seperti baju sekolah, kasut sekolah dan buku. Perkakasan seperti alat tulis tu ada yang dah dibeli awal atau guna yang lama punya. 

Pun begitu, aku amik cuti jugak la hari pertama sekolah tu. Sebab nak setelkan hal yuran dan beli buku di bookshop sekolah. Malangnya, masih ada lagi buku yang tak sampai walaupun sekolah dah bukak.




Minggu pertama alhamdulillah takda 'drama' sangat. Cuma seminggu sebelum nak sekolah tu, hari-hari aku briefing kat diaorang nanti dah start sekolah kena masuk tido awal, bangkit awal. Takda tv atau gajet pada hari sekolah. Hatta nak tengok maksud sesuatu perkataan sila rujuk kamus, bukan google.

Duit belanja sekolah pun dah dibagitau awal. Disebabkan terdapat kenaikan harga barang tahun ni, maka nak tak nak duit belanja juga harus dinaikkan ..seringgit! Tahun lepas tiga ringgit, tahun ni empat ringgit la sorang. Dan memang benar, kenaikan harga barang turut memberi kesan pada murid-murid sekolah! Mana taknya, nasi lemak tahun lepas RM2 sepinggan, tahun ni jadi RM2.20. Bihun sup, mi sup dan segala sup yang dijual pun dah naik harga huhu.



barang pertama dia tunjuk saat keluar pagar sekolah!


Tau 'menatang' ape dalam plastik tu (gambar diatas)? Benda ni memang dari tahun lepas lagi Mira dok bawa balik. Katanya kawan bagi ..kawan belikan. Aku tak tahu lah apa motif kawan dia belanja benda ni. Tau ape benda tu? Itulah baby crystal! Alaa ... yang kena rendam dalam air pastu nanti dia 'membesar' macam guli. Tu yang aku suka 'catu' duit belanja dia tu, sebab nak elak dari layan benda-benda camni lah!



Minggu pertama sekolah, semua baju pakat bersih pakat
putih lagi. Tengok minggu depan camna ... hahaha!

Lunch di kantin


Petangnya, kami ke sekolah agama diaorang pulak. Motifnya sama, nak setelkan yuran dan buku sekolah. Makan ratus juta lemon jugakla kosnya dua beradik ni hehe, tapi inilah yang dinamakan pelaburan. Macam mana pun, sekolah agama penting dan wajib pergi. Kat sekolah lengkap ada ustazah ustaz, ada buku, ada panduan mengaji. Lagipun, makanan kat kantin diaorang ni sedap-sedap! hahaha ... ingat makan je la ibu ni 😝





Disebabkan ramai ibubapa yang tak tahu pembayaran yuran dibuat pada cuti sekolah, maka hari pertama tu memang penuh tempat duduk setiap darjah! Aku cover darjah 4 dan Pak Jelan cover darjah 2. Pukul 2 lebih duduk beratur, kul 3 lebih baru setel semua yuran huhu. Pastu tunggu Pak Jelan pulak .. dekat sejam baru setel! 

Alhamdulillah, bab yuran dah setel. Tinggal lagi buku sekolah je yang tak beli sebab stok takda. Kena stenbai duit gak tu berjaga-jaga takut terlebih bajet hehe. Sekolah leklok ye kakak dan Mira ... moga korang enjoy belajar dan dapat serap ilmu yang cikgu ajar di sekolah setiap hari. Ibu ayah doakan yang terbaik untuk anak-anak insyaAllah ...aaminn.

You Might Also Like

1 pengomen comel

  1. Saya ada tulis padal Baby Kristal nih... Lama dah, thn 2011... Rase nyer penjualan nyer diharamkan...

    https://hanifadhlinaabdulrahman.blogspot.my/2011/08/larangan-penjualan-colour-crystal-ball.html

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM