10 Benda Tentang Diri Hazwani Di Usia 10 Tahun

Monday, February 20, 2017


Assalamualaikum!


Lama tak bercerita pasal anakku yang sulung ni. Walaupun setiap hari perlu bergelumang dengan sekolah 2 sesi, kemudian balik rumah sambung pulak ngan homework, tapi masih sempat lagi daku memerhati perubahan demi perubahan yang berlaku pada dia setiap hari. 

Memang ku akui, agak janggal perasaan ini bila anak-anak semakin membesar. Mungkinkah perubahan ini terlalu mendadak bagiku? Kerana aku tak biasa bila sesuatu yang telah lama sebati dalam diri dia bukan lagi menjadi kebiasaan baginya....



Throwback berjimba di Sunway Lagoon


Pertama - Dulu nak yang goreng-goreng dan bersup saje. Yang penting nasi ngan kicap pun boleh hidup! Sekarang sambal dan kari pun boleh 'masuk'. Memula nasi separuh pastu sepinggan penuh. Sekarang habis sepinggan tambah lagi nasi separuh 😂

Kedua - Dulu baju karakter kartun, tudung kartun, seluar kartun, Sekarang pakai baju lengan panjang, tudung corak bunga-bunga, kasut sport! Kadang-kadang kasut kita tu pun dia muat pakai ok!

Ketiga - Dah tak berapa minat pada mana-mana karakter kartun secara khusus. Tengok kartun boleh, tapi untuk minat pada satu-satu karakter macam Frozen atau lain-lain itu dah tak nampak pada dia. Lebih kepada taste ikut orang dewasa atau yang simple aje. 

KeempatBagi orang yang agak payah nak makan buah-buahan, sekarang dia dah boleh minum air jus buah-buahan seperti carrot juice dan fresh orange. Setiap kali order, 2 jenis air tu je yang dia order. Kalau takda mood, baru dia order ais kosong 😂

Kelima - Selain kasut tumit tinggi, dia suka kasut sport! haha. Gi kedai runcit pun dia bantai pakai kasut sport ...haihhh



anak ayah


Keenam - Beg tangan satu kewajipan sejak dari kecil sampai sekarang. Tapi taste dia terhadap beg tangan turut berubah seiring dengan umur. No more beg tangan corak kartun, tapi dia sukkkkkkkaaaaaaaaaaaa sangat beg tangan macam kita bawa gi keje tu. Beg tangan kita kalau boleh dia nak bawa gi sekolah!

Ketujuh - Takmo ikut dah pi kedai. Lebih suka duduk di rumah haha!

Kelapan - Suka ... ehh kerap membebel kat adik dia haha. Mungkin sebab pengaruh ibu dia yakni aku yang juga suka ...ehhh kerap membebel dirumah 😂

KesembilanKalau satu-satu benda tu dia nak, dia akan usaha dapatkan jugak! Dia pernah cerita, dia suka bola jaring tapi aktiviti ko-ko dia kena main softball. Tapi baru-baru ni, dia terpilih main bola jaring di sekolah! Bila ditanya, rupanya cikgu pilih dia sebab dia boleh main. Bila dah terpilih, kemain eksaited dia hari-hari bawa baju sukan berlatih dengan cikgu

KesepuluhCaring sangat! Yang ni memang kemahiran semulajadi dia sejak kecil lagi. Dia punya caring sampai boleh buat tersentuh hati kita. Dalam pada kita duk membebel kat dia benda yang kita tak suka dia buat, dia still pandai ambil hati kita lagi. Cuma, sekarang ni cara dia tunjukkan caring dia tu bukan dalam bentuk nota cinta macam masa dia kecik-kecik dulu. Sekarang dia suka bagi hadiah hehe


my not-so-little precious

Apapun perubahan yang sedang berlaku pada diri kakak, ketahuilah ibu dan ayah sentiasa ada untuk kakak. We love you dan yang paling penting we always care for you. Tak kira betapa teruk pun ibu marah atau membebel kat kakak, always bear in mind that my love for you till jannah 💗

You Might Also Like

1 pengomen comel

  1. terharu sangat baca post ni. :) parents will always have our back when we have hard times T_T

    hanisamanina.com

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM